Drama Aku Tanpa Cintamu Di TV3

Drama Aku Tanpa Cintamu Di TV3

Saksikan drama Aku Tanpa Cintamu yang akan menemui penonton mulai 15 September 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3 atau boleh juga strim secara online di Disney+ Hotstar.

Drama 15 episod yang merupakan idea asal dan juga merangkap penulis skrip Orked diterbitkan syarikat produksi Wira Nusa Production Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Emi Suffian.

Sinopsis Drama Aku Tanpa Cintamu

Drama Aku Tanpa Cintamu yang menggantikan Biarkan Ia Pergi menampilkan barisan pelakon seperti Zamarul Hisham, Bella Astillah, Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan, Dato' Sri Eizlan Yusof, Zarynn Min, Khaty Azian, Julia Farhana dan ramai lagi.

  • Zamarul Hisham sebagai Adam
  • Bella Astillah sebagai Nuha
  • Malek Maccrone sebagai Hadi
  • Dato' Sri Eizlan Yusof sebagai Idris
  • Julia Farhana sebagai Fatin
  • Jihaa Sham sebagai Lydia

Ianya mengisahkan tentang Nuha seorang gadis yang pada mulanya periang dan membesar tanpa kasih sayang ibu bapa apabila mereka bekerja di luar negara.

Pada suatu hari, Nuha ingin mencuba bekerja dan menceburi dalam bidang lakonan dan industri kreatif dan pada masa yang sama berkenalan dengan seorang pengarah tersohor iaitu Adam.

Kemudian, Nuha telah jatuh hati kepada Adam dan membuat keputusan untuk berkahwin dengannya walaupun sedar jarak umur mereka jauh berbeza. Pada awalnya ibu bapa Nuha tidak bersetuju, tetapi Nuha tetap dengan pendirian untuk berumah tangga bersama Ada. Mereka pun berkahwin.

Selepas berkahwin, sikap Adam yang panas baran, sentiasa fikir dia sahaja yang betul dan kuat cemburu akhirnya terkena tempias kepada isterinya, Nuha.

Maka terjadilah beberapa siri penderaan fizikal dan emosi kepada Nuha sehingga sanggup mengembalikan semua wang dan hantaran pemberian Adam sebagai menebus talak. Walaupun pada ketika itu Nuha hamil yang mana tak sanggup untuk meneruskan perkahwinan mereka.

Berjayakah Nuha melepaskan dirinya?

Drama Aku Tanpa Cintamu Di TV3

Drama Aku Tanpa Cintamu Di TV3

Drama Aku Tanpa Cintamu Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post