Drama Bukan Pi Mai Pi Mai Di Astro Ria

Drama Bukan Pi Mai Pi Mai Di Astro Ria

Saksikan drama terbaru Bukan Pi Mai Pi Mai yang akan menemui penonton bermula 19 September 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Drama 12 episod ini bukanlah remake atau reunion daripada Pi Mai Pi Mai Tang Tu, sebaliknya ia hanya menggunakan karekter, imej dan nama hampir sama dengan sitkom tersebut.

Naskah yang disiarkan bagi menggantikan drama Kids Nowadays merupakan terbitan kerjasama daripada Porcupine Production bersama Heritage Movies dan diarahkan oleh Sabri Yunus

Sinopsis Drama Bukan Pi Mai Pi Mai

Bukan Pi Mai Pi Mai menampilkan barisan pelakon seperti Sabri Yunus, Angeline Tan, Imuda, Khatijah Tan, Sathia, Sulaiman Yassin (Mat Over), Silfeny Osman, Azizul Ammar, Saidi Sabri, Ilya Buang dan ramai lagi.

  • Sabri Yunus sebagai Wan Seman
  • Angeline Tan sebagai Jessey
  • Imuda sebagai Sudi
  • Khatijah Tan sebagai Mak Nah
  • Sulaiman Yassin sebagai Mat Cover
  • Sathia sebagai Savhi
  • Azizul Ammar sebagai Joey
  • Saidi Sabri sebagai Adil
  • Silfeny Osman sebagai Nita

Tonton Drama Bukan Pi Mai Pi Mai Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang enam warga emas yang bekerja di sebuah resort iaitu My Gopeng Resort dimana baru dibuka dan diruskan oleh Nita, Joey dan Adil.

Kesemua pekerja diminta membuat video promosi resort tersebut bagi mengajak lebih ramai bakal pelanggan dan pengunjung untuk datang bercuti di resort mereka memandangkan ianya baru beroperasi.

Dalam tempoh itu, macam-macam perangai dan isu mereka perlu hadapi di resort itu. Adakah akan lebih ramai yang akan datang di resort tersebut hasil daripada usaha pekerja-pekerja tersebut?

Drama Bukan Pi Mai Pi Mai Di Astro Ria

Drama Bukan Pi Mai Pi Mai Di Astro Ria

Drama Bukan Pi Mai Pi Mai Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post