Drama Tunggu Dulu Cinta Di TV1

Drama Tunggu Dulu Cinta Di TV1

Saksikan drama terbaru Tunggu Dulu Cinta yang akan menemui penonton mulai 14 September 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 6.00 petang menerusi slot Widuri di TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Drama 26 episod yang diadaptasi daripada novel Tunggu Dulu Cinta karya Ayu Emelda merupakan terbitan Juita Viden Sdn. Bhd., diarahkan oleh Zamri Zakarian dengan nukilan skrip daripada Faten Syamimie dan Mardhiah Syamsudin.

Sinopsis Drama Tunggu Dulu Cinta

Drama Tunggu Dulu Cina menampilkan barisan pelakon seperti Sarah Hildebrand, Hafreez Adam, Hazman Al Idrus, Izzy Reef, Wan Aqim, Fifi Laura Olivia, Kay Maria, Hannah Halim, Nasz Sally, Shasha Edora, Syafiq Aiman, Aryan Naim, Badrul Muhayat, Azman Jantan, Amar Asyraf dan ramai lagi.

  • Sarah Hildebrand sebagai Nur Aivy Sofea
  • Hafreez Adam sebagai Kamal
  • Hazman Al Idrus sebagai Khairy
  • Fifi Laura Olivia sebagia Yaya
  • Kay Maria sebagai Puan Aini
  • Hannah Halim sebagai Siti
  • Nasz Sally sebagai Jinny
  • Shasha Edora sebagai Fifa
  • Syafiq Aiman sebagai Mika
  • Amar Asyraf sebagai Yaya

⏩ Tonton Drama Tunggu Dulu Cinta - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Kamal dan Aivy yang dengan rela hati berkahwin walaupun antara keduanya tidak menjalinkan hubungan cinta.

Mereka juga telah berjanji untuk bercinta selepas nikah dan berbahagia seperti pasangan suami isteri yang lain. Namun, Kamal tidak menunaikan janjinya kepada Aivy.

Semuanya kerana dia masih belum mampu melupakan Suraya, bekas kekasihnya yang sudah lama pergi. Jauh di sudut hati Kamal masih mengharapkan cinta daripada gadis itu.

Sementara itu Aivy pula dalam diam sudah jatuh cinta kepada Kamal. Dia mula menyayangi suaminya itu meskipun Kamal tidak menyedarinya. Aivy tetap bersabar walaupun tahu yang Kamal masih belum melupakan Suraya.

Kemunculan Khairy sebagai orang ketiga dan agenda jahat yang dirancang oleh abang tiri Aivy telah menyebabkan Kamal menghalau Aivy yang ketika itu sudah mengandungkan anaknya.

Campur tangan dari ahli keluarga Kamal yang tidak menyebelahi dirinya menyebabkan Aivy mengambil keputusan untuk membawa diri ke kampung.

Lalu apakah kesudahannya? Dapatkah mereka kembali membina mahligai bahagia bersama?

Drama Tunggu Dulu Cinta Di TV1

Drama Tunggu Dulu Cinta Di TV1

Drama Tunggu Dulu Cinta Di TV1

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post