Filem Anak Rimau The Movie Di Pawagam Mulai 1 September Ini

Filem Anak Rimau The Movie

Saksikan filem Anak Rimau The Movie yang akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei Darussalam mulai 1 September 2022. Jadi jangan terlepas untuk dapatkan tiket wayang anda sekarang.

Filem berlatarkan sukan bola sepak ini merupakann arahan Areel Abu Bakar yang diterbitkan oleh Keeklr Film Sdn. Bhd. serta menerusi usaha sama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan AMD beserta daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sendiri.

Sinopsis Filem Anak Rumah The Movie

Anak Rimau The Movie menampilkan barisan-barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Azhan Rani, Idan Aedan, Kechikimi, Hanz Skelchy, Adam Corie, Taiyuddin Bakar, Mustakim Bahadon, Megat Sharizal dan ramai lagi.

Bukan itu sahaja, pemain-pemain bola sepak AMD juga terlibat antaranya ialah Izz Qhuzaidie Mazni Alif Aiman Mohamad, Amil Haikal Rozmi, Nazwan Abdullah, Nur Qayyum Irfan Jamil, Airiel Zafran Mohd Azrul, Al Kausal Jarah, Shahmeer Rusli dan Adam Shauki Asmady.

Juga terdapat penampilan daripada anak saudara Sultan Pahang iaitu Wan Omar Daanyal Wan Ahmad Muadzam.

  • Beto Kusyairy sebagai Coach Zainal
  • Idan Aedan sebagai Ariff
  • Joey Timothy Low sebagai Tuck
  • Wan Omar Daanyal sebagai Haziq
  • Redzwan Adha sebagai Badrol
  • Kechikimi sebagai Maro
  • Hanz Skelchy sebagai Danish

⏩ Tonton Filem Anak Rimau The Movie - Link 1 | Link 2 

Ianya mengisahkan tentang sekumpulan anak muda berbakat tinggi dalam dunia bola sepak yang terdiri daripada pelbagai kaum ketika menyertai Akademik Bola Sepak Malaysia (Anak Rimau Academy).

Mereka mengharungi pelbagai cabaran sebagai individu dan berpasukan ketika menghadapi fasa baru dalam dunia bola sepak. Pemain perlu menentang cabaran peribadi dan halangan pasukan, sebelum berfikir mengenai kemenangan.

Keazaman dan ketabahan pemain diuji menerusi kerjasama, isu keluarga, halangan hidup dan perlumbaan untuk menjadi yang terbaik demi memenangi Piala Jemputan Bola Sepak Belia ASEAN.

Selain itu, filem ini juga menekankan kebaikan akan sentiasa datang kepada mereka yang bermain dan berani berpegang kepada kebaikan dalam diri dan orang lain seperti slogan Anak Rimau The Movie, 'bola itu bulat'

Filem Anak Rimau The Movie

Filem Anak Rimau The Movie

Filem Anak Rimau The Movie

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post