Filem Juang Di Pawagam Mulai 8 September Ini

Filem Juang Di Pawagam Mulai 8 September Ini

Saksikan filem Juang yang akan menemui penonton dan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 8 September 2022 (Khamis). Jadi jangan terlepas untuk dapatkan tiket wayang anda sekarang untuk menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini.

🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini

Juang dihasilkan sebagai tanda penghargaan kepada frontliner yang sebelum ini cekal melawan wabak Covid-19. Filem ini untuk anda dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Filem ini merupakan melibatkan banyak produksi iaitu Asia Tropical Films, The Film Engine, Astro Shaw dan Suhan Movies. Ianya diarahkan oleh 5 pengarah tersohor negara seperti Aziz M. Osman, Yusry Abd Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia dan Osman Ali.

Pelakon

Juang menampilkan barisan pelakon ternama seperti Zizan Razak, Zul Ariffin, Jack Lim, Janna Nick, Hao Ren, Izzue Islam, Sangeeta Krishnasamy, Vanida Imran, Chew Kin Wah, Azri Sabri, Dian P. Ramlee, Rosyam Nor, Angelin Tan, Dato' Jalaluddin Hassan, Luqman Hafidz, Adibah Noor, Steve Yap, Wanna Ali, Lisdawati, Fahrin Ahmad, Pekin Ibrahim dan ramai lagi.

Sinopsis Filem Juang

Juang adalah sebuah filem yang mengisahkan bagaimana suasana pandemik yang berlaku dan cuba mengangkat keadaan sebenar yang cukup payah dilalui seluruh rakyat Malaysia.

Diinspirasikan daripada kisah benar dengan memaparkan kisah-kisah petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, tentera, penghantar makanan dan ramai lagi tentang bagaimana 'frontliners' ini melawan wabak Covid-19 dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin.

Kesemua 6 cerita yang digabungkan dalam satu filem ini mendapat sentuhan daripada lima pengarah berbeza iaitu Aziz M. Osman, Yusry Abb Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia dan Osman Ali.

Filem Juang Di Pawagam Mulai 8 September Ini

Filem Juang Di Pawagam Mulai 8 September Ini

Filem Juang Di Pawagam Mulai 8 September Ini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post