Saksikan Gegar Vaganza Musim 9 (GV9) Di Astro Ria

Saksikan Gegar Vaganza Musim 9 (GV9) Di Astro Ria

Program Gegar Vaganza untuk musim ke-9 (GV9) akan menemui penonton untuk 11 minggu mulai 18 September 2022, setiap hari Ahad pada pukul 9.00 malam hanya di Astro Ria atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

GV9 bakal menampilkan 13 bintang yang pernah menyinar di pesada dunia industri seni di Malaysia iaitu Shila Amzah, Jaclyn Victor, Tomok, Asheed Def Gab C, Bob Yusof, Roy Kapilla, Pat Candy, Tom, Dina Nadzir, Haida, kumpulan VE dan 2 bintang daripada Singapura iaitu Fuad Rahman dan Hazrul Nizam.

BACA : Senarai Penuh 13 Peserta Gegar Vaganza Musim 9

Setiap minggu mereka akan diadili 100% oleh barisan juri profesional yang akan menilai setiap persembahan daripada para peserta. Tiga juri tetap iaitu Datuk Syafinaz, Hetty Koes Endang dan ketua juri, Datuk Ramli MS. Mereka akan ditemani oleh juri jemputan setiap minggu.

Peserta yang mempunyai markah terendah akan tersingkir yang diumumkan pada akhir rancangan setiap minggu. Hadiah yang ditawarkan untuk GV9 kali ini adalah sebanyak RM100,000 untuk pemenang juara dan naib juara peroleh RM50,000. Tempat ketiga, keempat dan kelima masing-masing bawa pulang RM30,000, RM20,000 dan RM15,000.

Untuk musim kesembilan ini, Gegar Vaganza akan ditemani oleh pengacara baru disamping Nabil Ahmad yang dikekalkan iaitu Elly Mazlein yang pastinya akan menggamatkan konsert mingguan bagi penonton di dewan dan dirumah.

Nampaknya musim terbaru ini kita dapat saksikan ada sedikit kelainan berbanding musim sebelum-sebelumnya apabila barisan peserta sepertinya sebuah nama bintang yang masih segar dalam industri. Sepertinya 'bintang terus menyengat'

Senarai Peserta Yang Tersingkir Untuk Gegar Vaganza 9 (GV9)

Setiap minggu akan akan ada pengumuman penyingkiran selepas pembahagian lagu 'Ada Lagu Ada Lagi' (ALAL). Siapakan peserta yang akan tersingkit:

  • Minggu 1 : Tiada penyingkiran
  • Minggu 2 : Roy Kapilla
  • Minggu 3 : Haida
  • Minggu 4 : Tiada Penyingkiran
  • Minggu 5 : Pat Candy
  • Minggu 6 : Tiada Penyingkiran
  • Minggu 7 : Tom
  • Minggu 8 : Tiada Penyingkiran
  • Minggu 9 (Suku Akhir) : Asheed Def Gab C
  • Minggu 10 (Semi Final) : Dina Nadzir & Fuad Rahman
  • Minggu 11 (Final)


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post