Jadual Acara E-Sports SUKMA 2022

Jadual Acara E-Sports SUKMA 2022

Acara E-Sports untuk temasya SUKMA 2022 atau dikenali dengan dengan SUKMA XX MSN 2022 berlangsung dari 17 September hingga 19 September 2022 bertempat di E-Sport Business Network, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Untuk acara E-Sports ianya menawarkan 5 pingat emas dari 3 jenis permainan video dengan melibatkan 3 jenis peranti yang dipertandingkan iaitu : Mobile Legend (Phone), Dota 2 (PC) dan Pro Evolution Soccer, PES 2021 (PS4).

SUKMA XX MSN 2022

Acara dwi-tahunan ini sepatutnya dilangsungkan pada tahun 2020 yang lalu dimana Johor menjadi tuan rumah. Akan tetapi ekoran pandemik yang berlaku di Malaysia, temasya itu terpaksa ditangguhkan dan Johor akan kembali menjadi tuan rumah untuk edisi ke-21 iaitu tahun 2024.

Untuk edisi ke-20 bagi tahun 2022 ini, Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri akan menganjurkan dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah iaitu bermula 16 hingga 24 September 2022. Selain itu, beberapa venue lain juga digunakan seperti di Negeri Sembilan dan Langkawi. 

Kita bakal menyaksikan pelapis-pelapis negara yang mewakili negeri masing-masing iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei akan bersaing dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dalam 31 jenis sukan dengan melibatkan 426 acara.

Selain itu, dimaklumkan bagi kesemua acara sukan yang berlangsung di SUKMA 2022, anda boleh masuk secara percuma sama ada di stadium, dewan, kompleks sukan dan sebagainya. Jadi ajak ramai-ramai untuk menyokong atlet yang bertanding sepanjang temasya berlangsung.

Jadual Penuh Acara E-Sports SUKMA 2022

Untuk acara ini tiada kategori lelaki atau wanita kerana ianya adalah kategori terbuka. Terdapat 5 acara yang disenaraikan iaitu Mobile Legend dan Dota 2 dengan melibatkan 5 pemain, PES Single, PES Double dan PES TEAM.

Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Akan bermula daripada pusingan awal di peringkat kumpulan, kemudian akan pusingan kalah mati sehinggalah ke pusingan akhir bagi merebut pingat emas bagi setiap acara.

  • 17 - 18 September 2022 : Pusingan Awal
  • 19 September 2022 : Peringkat Kalah Mati & Pusingan Akhir

Anda boleh rujuk jadual dibawah bagi kesemua perlawanan melibatkan setiap permainan.

Jadual Acara E-Sports SUKMA 2022

Jadual Acara E-Sports SUKMA 2022

Jadual Acara E-Sports SUKMA 2022

Kalau tiada apa-apa hal, boleh la datang tengok orang main game di Quill City Mall ni.

Untuk dapatkan keputusan penuh bagi setiap acara yang dipertandingkan, anda boleh rujuk laman web rasmi SUKMA 2022 di sukma2022.nsc.gov.my. Disini juga anda boleh ketahui jadual penuh dan kedudukan pingat yang berjaya dimenangi bagi setiap pasukan

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post