Jadual Acara Sukan Badminton SUKMA 2022

Jadual Acara Sukan Badminton SUKMA 2022

Acara Badminton untuk temasya SUKMA 2022 atau dikenali juga dengan SUKMA XX MSN 2022 akan berlangsung dari 20 September hingga 24 September 2022 bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Untuk acara Badminton kali ini hanya terdapat acara individu sahaja dan tiada acara berkumpulan seperti edisi-edisi sebelumnya. 5 pingat emas yang dipertaruhkan untuk sukan badminton bagi semua kategori.

SUKMA XX MSN 2022

Acara dwi-tahunan ini sepatutnya dilangsungkan pada tahun 2020 yang lalu dimana Johor menjadi tuan rumah. Akan tetapi ekoran pandemik yang berlaku di Malaysia, temasya itu terpaksa ditangguhkan dan Johor akan kembali menjadi tuan rumah untuk edisi ke-21 iaitu tahun 2024.

Untuk edisi ke-20 bagi tahun 2022 ini, Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri akan menganjurkan dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah iaitu bermula 16 hingga 24 September 2022. Selain itu, beberapa venue lain juga digunakan seperti di Negeri Sembilan dan Langkawi. 

Kita bakal menyaksikan pelapis-pelapis negara yang mewakili negeri masing-masing iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei akan bersaing dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dalam 31 jenis sukan dengan melibatkan 426 acara.

Selain itu, dimaklumkan bagi kesemua acara sukan yang berlangsung di SUKMA 2022, anda boleh masuk secara percuma sama ada di stadium, dewan, kompleks sukan dan sebagainya. Jadi ajak ramai-ramai untuk menyokong atlet yang bertanding sepanjang temasya berlangsung.

Jadual & Keputusan Acara Sukan Badminton SUKMA 2022

Terdapat 3 kategori (Lelaki, Wanita & Campuran) dengan 5 acara yang dipertandingkan dalam sukan Badminton iaitu Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, Beregu Lelaki, Beregu Wanita dan Beregu Campuran.

BACA : Senarai Penuh Atlet Bagi Setiap Pasukan Bertanding Sukan Badminton SUKMA 2022

Untuk perlawanan akan bermula pada pusingan awal dengan melibatkan 12 perlawanan bagis setiap acara. Kemudian ke pusingan 16, Suku Akhir, Separuh Akhir dan Final bagi merebut pingat.

*Keputusan perlawanan disini akan dikemaskini hanya bermula pada peringkat Separuh Akhir sahaja

20 September 2022 (Pusingan Awal)

21 September 2022 (Pusingan 16)

22 September 2022 (Suku Akhir)

23 September 2022 (Separuh Akhir)

📽 Link Streaming - Link 1 | Link 2 | Link 3

[Perseorangan Lelaki, MS]

Ng Tze Yong [1] (JHR) vs (SEL) Aidil Sholeh - [21-14, 21-15]

Kok Jing Hong (KED) vs (WIL) Leong Jun Hao [2] - [21-16, 12-21,12-21]

[Perseorangan Wanita, WS]

Amanda Yap Hwa Leng (WIL) vs (SEL) Siti Nurshuhaini [3] - [21-15, 11-21, 13-21]

Tan Zhing Yi [4] (PEN) vs (SEL) A. K Letshanaa - [20-22, 17-21]

[Beregeu Lelaki, MD]

Nuraidil Adha/Nurfirdaus (SEL) vs (MEL) Tan King Xian [3]/Tee Kai Wun - [16-21, 14-21]

Chia Jeng Hon/Choi Jian Sheng (PAH) vs (JHR) Lwi Sheng Hao/Yap Roy King - [16-21, 15-21]

[Beregu Wanita, WD]

R Kasturi [1]/R Venosha (SEL) vs (KED) Cheng Su Hui [4]/Cheng Su Yin - [16-21, 17-21]

Tan Wen Xin/Wong Kha Yan (WIL) vs (MEL) Toh Ee Wei/Yap Ling - [9-21, 17-21]

[Beregu Campuran, XD]

Tee Kai Wun [1]/Toh Ee Wei (MEL) vs (SRW) Owen Ting Shih Wee/Wong Ling Ching - [21-13, 21-7]

Haikal Nazri/Chan Wen Tse (KEL) vs (MEL)Tan Kok Xian/Yap Ling - [21-17, 21-15]

24 September 2022 (Final)

📽 Link Streaming (Akan Dikemaskini) - Link 1 | Link 2 | Link 3

[XD] Tee Kai Wun [1]/Toh Ee Wei (MEL) vs (KEL) Haikal Nazri/Chan Wen Tse - [21-16, 21-13]

[WS] Siti Nurshuhaini [3] (SEL) vs (SEL) K. Letshanaa - [21-19, 21-9]

[MS] Ng Tze Yong [1] (JHR) vs (WIL) Leong Jun Hao [2] - [18-21, 21-19, 21-12]

[WD] Cheng Su Hui [4]/Cheng Su Yin (KED) vs (MEL) Toh Ee Wei/Yap Ling - [12-21, 27-25, 16-21] 

[MD] Tan Kok Xian [3]/Tee Kai Wun (MEL) vs (JHR) Lwi Sheng Hao/Yap Roy King - [21-16, 21-17]

Podium

[Beregu Campuran, XD]

Emas - Tee Kai Wun [1]/Toh Ee Wei (MEL)

Perak - Haikal Nazri/Chan Wen Tse (KEL)

Gangsa - Owen Ting Shih Wee/Wong Lin Ching

[Perseorangan Wanita, WS]

Emas - Siti Nurshuhaini [3] (SEL)

Perak - K. Letshanaa (SEL)

Gangsa - Tan Zhing Yi [4] (PEN)

[Perseorangan Lelaki, MS]

Emas - Ng Tze Yong [1] (JHR)

Perak - Leong Jun Hao [2] (WIL)

Gangsa - Aidil Sholeh (SEL)

[Beregu Wanita]

Emas - Toh Ee Wei/Yap Ling (MEL)

Perak - Cheng Su Hui [4]/Cheng Su Yin (KED)

Gangsa - Tan Wen Xin/Wong Kha Yan (WIL)

[Beregu Lelaki]

Emas - Tan Kok Xian [3]/Tee Kai Wun (MEL)

Perak - Lwi Sheng Hao/Yap Roy King (JHR)

Gangsa - Nuraidil Adha/Nurfirdaus (SEL)

Anda boleh rujuk jadual dibawah bagi sukan Badminton SUKMA 2022. Anda boleh rujuk laman web bam.tournamentsoftware.com/sport/draws untuk ketahui draw atau undian bagi setiap perlawanan.

Jadual Acara Sukan Badminton SUKMA 2022

Datanglah beramai-ramai di Axiata Arena Bukit Jalil untuk saksikan pelapis sukan badminton dan ada juga atlet sukan Komanwel, Ng Tze Yong yang turut serta. Tapi Goh Jin Wei dah tarik diri pun. Masuk percuma tau!

Untuk dapatkan keputusan penuh bagi setiap acara yang dipertandingkan, anda boleh rujuk laman web rasmi SUKMA 2022 di sukma2022.nsc.gov.my. Disini juga anda boleh ketahui jadual penuh dan kedudukan pingat yang berjaya dimenangi bagi setiap pasukan

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post