Jadual Perlawanan Acara Sukan Bola Sepak SUKMA 2022

Jadual Perlawanan Acara Sukan Bola Sepak SUKMA 2022

Acara Sukan Bola Sepak untuk temasya SUKMA Ke-20 2022 atau dikenali juga SUKMA XX MSN 2022 akan berlangsung dari 12 September hingga 23 September 2022 dimana edisi kali ini Kuala Lumpur menjadi tuan rumah.

Untuk acara ini hanya kategori lelaki sahaja dipertandingkan dan tiada wakil daripada pasukan wanita. Oleh itu hanya 1 pingat emas akan diburu oleh 14 pasukan yang layak mengambil bahagian. Inilah 'ibu segala pingat' untuk temasya sukan seperti ini.

SUKMA XX MSN 2022

Acara dwi-tahunan ini sepatutnya dilangsungkan pada tahun 2020 yang lalu dimana Johor menjadi tuan rumah. Akan tetapi ekoran pandemik yang berlaku di Malaysia, temasya itu terpaksa ditangguhkan dan Johor akan kembali menjadi tuan rumah untuk edisi ke-21 iaitu tahun 2024.

Untuk edisi ke-20 bagi tahun 2022 ini, Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri akan menganjurkan dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah iaitu bermula 16 hingga 24 September 2022. Selain itu, beberapa venue lain juga digunakan seperti di Negeri Sembilan dan Langkawi. 

Kita bakal menyaksikan pelapis-pelapis negara yang mewakili negeri masing-masing iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei akan bersaing dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dalam 31 jenis sukan dengan melibatkan 426 acara.

Undian Peringkat Kumpulan Acara Sukan Bola Sepak SUKMA 2022

Untuk acara sukan Bola Sepak terdapat 14 penyertaan dan hanya untuk kategori lelaki sahaja. Pasukan-pasukan tersebut akan diundi dalam 4 kumpulan iaitu :

Kumpulan A - Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan

Kumpulan B - Pahang, Johor, Sarawak, Melaka

Kumpulan C - Sabah, Terengganu, Kelantan

Kumpulan D - Perlis, Kedah, Pulau Pinang

Jadual & Keputusan Acara Sukan Bola Sepak SUKMA 2022

Seperti temasya sukan lain juga, acara bola sepak kebiasaanya akan bermula lebih awal daripada tarikh rasmi iaitu pada 12 September lagi. Manakala tarikh rasmi bermula SUKMA 2022 adalah pada 16 September 2022 iaitu pada Hari Malaysia.

Terdapat 4 venue atau stadium yang akan digunakan bagi acara sukan bola sepak sepanjang 9 hari kejohanan berlangsung iaitu UM Arena, Stadium UiTM, Stadium UKM, Stadium UNITEN dan final di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur

*Jadual dan keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

12 September 2022 (Isnin) - Peringkat Kumpulan

Perak (0) - (2) Selangor

Wilayah Persekutuan (1) - (0) Negeri Sembilan

Sarawak (2) - (1) Melaka

Pahang (1) - (1) Johor

13 September 2022 (Selasa) - Peringkat Kumpulan

Perlis (0) - (0) Kedah

Terengganu (2) - (2) Sabah

14 September 2022 (Rabu) - Peringkat Kumpulan

Sarawak (0 - (1) Pahang

Wilayah Persekutuan (1) - (0) Perak

Negeri Sembilan (0) - (1) Selangor

Melaka (0) - (3) Johor

15 September 2022 (Khamis) - Peringkat Kumpulan

Kelantan (0) - (2) Terengganu

Pulau Pinang (1) - (0) Perlis

16 September 2022 (Jumaat) - Peringkat Kumpulan

Selangor (1) - (1) Wilayah Persekutuan

Negeri Sembilan (2) - (1) Perak

Johor (2) - (0) Sarawak

Melaka (2) - (2) Pahang

17 September 2022 (Sabtu) - Peringkat Kumpulan

Sabah (0) - (3) Kelantan

Kedah (0) - (2) Pulau Pinang

19 September 2022 (Isnin) - Suku Akhir

Pulau Pinang (2)* - (2) Kelantan [Penalty : 5-4]

Selangor (0)* - (0) Pahang [Penalty : 7-6]

Terengganu (3) - (0) Perlis

Wilayah Persekutuan (1)* - (1) Johor [Penalty : 5-4]

21 September 2022 (Rabu) - Separuh Akhir

Terengganu (2) - (1) Selangor

Pulau Pinang (1) - (0) Wilayah Persekutuan 

23 September 2022 (Jumaat) - Penentuan Pingat

Live Streaming Link 1 | Link 2 | Link 3

Pingat Gangsa

  • Selangor (3) - (1) Wilayah Persekutuan

Pingat Emas & Perak

  • Terengganu (2) - (0) Pulau Pinang

Podium

Emas : Terengganu

Perak : Pulau Pinang

Gangsa : Selangor

--------------------------------------

Jika anda ingin dapatkan jadual acara bola sepak atau jadual penuh untuk temasya SUKMA XX MSN 2022, anda boleh pergi ke laman web rasmi di sukma2022.nsc.gov.my.

Oleh itu, jangan lupa untuk datang ke mana-mana venue acara sukan dan berikan sokongan kepada kontinjen negeri ada untuk buat yang terbaik. Masuk adalah percuma.

*Aku orang Pahang, jadi SUKMA sokong Pahang laaa

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post