Jadual Acara Sukan Hoki SUKMA 2022

Jadual Acara Sukan Hoki SUKMA 2022

Acara Hoki untuk temasya SUKMA 2022 atau dikenali juga dengan SUKMA XX MSN 2022 akan berlangsung dari 15 September hingga 23 September 2022 bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Untuk acara ini ianya dipertandingkan untuk kedua-dua kategori iaitu lelaki dan wanita. Secara keseluruhan, 2 pingat emas yang ditawarkan iaitu 1 daripada kategori lelaki dan 1 kategori wanita.

SUKMA XX MSN 2022

Acara dwi-tahunan ini sepatutnya dilangsungkan pada tahun 2020 yang lalu dimana Johor menjadi tuan rumah. Akan tetapi ekoran pandemik yang berlaku di Malaysia, temasya itu terpaksa ditangguhkan dan Johor akan kembali menjadi tuan rumah untuk edisi ke-21 iaitu tahun 2024.

Untuk edisi ke-20 bagi tahun 2022 ini, Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri akan menganjurkan dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah iaitu bermula 16 hingga 24 September 2022. Selain itu, beberapa venue lain juga digunakan seperti di Negeri Sembilan dan Langkawi. 

Kita bakal menyaksikan pelapis-pelapis negara yang mewakili negeri masing-masing iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei akan bersaing dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dalam 31 jenis sukan dengan melibatkan 426 acara.

Selain itu, dimaklumkan bagi kesemua acara sukan yang berlangsung di SUKMA 2022, anda boleh masuk secara percuma sama ada di stadium, dewan, kompleks sukan dan sebagainya. Jadi ajak ramai-ramai untuk menyokong atlet yang bertanding sepanjang temasya berlangsung.

Undian Peringkat Kumpulan Acara Sukan Hoki SUKMA 2022

Edisi kali ini,terdapat 14 pasukan yang bertanding dalam sukan Hoki dan setiap kategori dibahagikan kepada 2 kumpulan. Lelaki Kumpulan A & B, manakala Wanita untuk Kumpulan X & Y

KATEGORI LELAKI

  • Kumpulan A - Sabah, Perak, Perlis, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Kedah, Melaka
  • Kumpulan B - Pahang, Johor, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sarawak

KATEGORI WANITA

  • Kumpulan X - Selangor, Terengganu, Johor, Pahang, Sarawak, Kedah
  • Kumpulan Y - Sabah, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Pulau Pinang

Jadual & Keputusan Acara Sukan Hoki SUKMA 2022

Sepanjang tempoh 8 hari sukan berlangsung, setiap pasukan akan melalaui pusingan awal dalam peringkat kumpulan. Bagi juara dan naib juara akan layak ke pusingan Separuh Akhir dan jika berjaya lagi akan ke pusingan Akhir bagi merebut pingat emas

Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Tarikh pertandingan:-

  • Pusingan Awal : 15 - 21 September 2022
  • Separuh Akhir : 22 September 2022 (Khamis)
  • Penentuan Pingat Gangsa : 23 September 2022 (Jumaat)
  • Final/Penentuan Pingat Emas & Perak : 23 September 2022 (Jumaat)

Anda boleh rujuk jadual dibawah bagi kesemua perlawanan bermula peringkat kumpulan hingga akhir untuk kategori lelaki (L) dan wanita (W).

Jadual Acara Sukan Hoki SUKMA 2022

Jadual Acara Sukan Hoki SUKMA 2022

Jadual Acara Sukan Hoki SUKMA 2022

Jadual Acara Sukan Hoki SUKMA 2022

Untuk dapatkan keputusan penuh bagi setiap acara yang dipertandingkan, anda boleh rujuk laman web rasmi SUKMA 2022 di sukma2022.nsc.gov.my. Disini juga anda boleh ketahui jadual penuh dan kedudukan pingat yang berjaya dimenangi bagi setiap pasukan.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post