Jadual Acara Sukan Sepaktakraw SUKMA 2022

jadual Acara Sukan Sepaktakraw SUKMA 2022

Acara Sepaktakraw untuk temasya SUKMA 2022 atau dikenali juga SUKMA XX MSN 2022 akan berlangsung dari 14 September hingga 22 September 2022 bertempat di Dewan Seri Sarjana, UNITEN.

Untuk acara ini dipertandingkan untuk kedua-dua kategori iaitu lelaki dan wanita. Secara keseluruhan, 5 pingat emas ditawarkan iaitu 3 daripada kategori lelaki dan 2 daripada kategori wanita.

SUKMA XX MSN 2022

Acara dwi-tahunan ini sepatutnya dilangsungkan pada tahun 2020 yang lalu dimana Johor menjadi tuan rumah. Akan tetapi ekoran pandemik yang berlaku di Malaysia, temasya itu terpaksa ditangguhkan dan Johor akan kembali menjadi tuan rumah untuk edisi ke-21 iaitu tahun 2024.

Untuk edisi ke-20 bagi tahun 2022 ini, Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri akan menganjurkan dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah iaitu bermula 16 hingga 24 September 2022. Selain itu, beberapa venue lain juga digunakan seperti di Negeri Sembilan dan Langkawi. 

Kita bakal menyaksikan pelapis-pelapis negara yang mewakili negeri masing-masing iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei akan bersaing dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dalam 31 jenis sukan dengan melibatkan 426 acara.

Selain itu, dimaklumkan bagi kesemua acara sukan yang berlangsung di SUKMA 2022, anda boleh masuk secara percuma sama ada di stadium, dewan, kompleks sukan dan sebagainya. Jadi ajak ramai-ramai untuk menyokong atlet yang bertanding sepanjang temasya berlangsung.

Jadual & Keputusan Acara Sukan Sepaktakraw SUKMA 2022

Sepanjang tempoh acara ini berlangsung, terdapat 5 acara keseluruhannya. 3 acara bagi kategori lelaki iaitu berpasukan lelaki, beregu lelaki (trio) dan regu lelaki (double). Manakala 2 acara kategori wanita iaitu beregu wanita (trio) dan regu wanita (double).

RTM akan bawakan laporan harian secara langsung setiap hari pada jam 9.00 pagi dan 3.00 petang menerusi siaran TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga strim di rtmklik.rtm.gov.my

Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Tarikh pertandingan:-

  • Berpasukan Lelaki : 14-17 September 2022
  • Beregu Wanita & Lelaki : 18-20 September 2022
  • Regu Wanita & Lelaki : 20-22 September 2022

Anda boleh rujuk jadual dibawah bagi undian peringkat kumpulan bagi kesemua acara Sepaktakraw untuk lelaki dan wanita beserta jadual pertandingan.

jadual Acara Sukan Sepaktakraw SUKMA 2022

jadual Acara Sukan Sepaktakraw SUKMA 2022

jadual Acara Sukan Sepaktakraw SUKMA 2022

jadual Acara Sukan Sepaktakraw SUKMA 2022

jadual Acara Sukan Sepaktakraw SUKMA 2022

jadual Acara Sukan Sepaktakraw SUKMA 2022

Untuk dapatkan keputusan penuh bagi setiap acara yang dipertandingkan, anda boleh rujuk laman web rasmi SUKMA 2022 di sukma2022.nsc.gov.my. Disini juga anda boleh ketahui jadual penuh dan kedudukan pingat yang berjaya dimenangi bagi setiap pasukan.

1/Post a Comment/Comments

  1. Oh! ada sepak takraw wanita juga ya, belum pernah tengok lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post