Jadual Aksi Final 100M Lelaki & 100M Wanita SUKMA 2022

Jadual Aksi Final 100M Lelaki & 100M Wanita SUKMA 2022

Selain daripada aksi bola sepak sebagai 'ibu segala pingat', satu lagi acara yang ditunggu-tunggu dalam temasya sukan seperti SUKMA 2022 iaitu acara Olahraga Final 100M Lelaki dan Wanita.

Dengan acara ini, maka akan lahirlah raja pecut dan ratu pecut bagi sesuatu kejohanan yang berlangsung ketika ini. Kali ini agaknya siapakah yang akan dinobatkan juara untuk SUKMA 2022?

Sukan Olahraga telah berlangsung bermula 15 September hingga 18 September 2022 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan melibatkan pelbagai acara dan pastinya tumpulan diberikan kepada acara 100M lelaki dan wanita.

Pada 15 September 2022, Khamis telah berlangsung bagi pusingan awal dan pusingan separuh akhir. Maka 16 September 2022, Jumaat akan berlangsungnya pusingan akhir yang mana bakal menawarkan kilaun pingat kepada atlet yang berjaya ke pusingan ini.

Senarai Atlet Di Pusingan Akhir 100M Lelaki Dan 100M Wanita SUKMA 2022

Untuk acara final 100m, 9 atlet untuk kategori lelaki yang berjaya menempah tiket ke pusingan ini dengan 2 wakil daripada Selangor dan mereka ialah

  1. Muhammad Haiqal Bin Hanafi (Negeri Sembilan)
  2. Mohammad Thaqif Bin Mohammad Hisham (Selangor)
  3. Nabil Alwani Bin Rizal Alwani (Selangor)
  4. Alif Iman Bin Mohd Fahimi (Kelantan)
  5. Muhammad Azeem Bin Mohd Fahmi (Perak)
  6. Muhammad Fakhrul Bin Abdul Aziz (Pulang Pinang)
  7. Muhammad Idham Bin Rosli (Wilayah Persekutuan)
  8. Muhammad Arsyad Bin Md Saat (Johor)
  9. Muhammad Zulfiqar Bin Ismail (Terengganu)

BACA : Azeem Fahmi Bersinar di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022

Manakala acara final 100m kategori wanita terdapat 8 peserta yang berjaya ke peringkat ini dan mereka ialah

  1. Nor Sarah Binti Adi (Pahang)
  2. Feova Lim Yi Fei (Sabah)
  3. Nur Aishah Rofina Binti Aling (Sabah)
  4. Nurul Wardatul Huwaida Binti Mohd Hamka (Terengganu)
  5. Siti Norzullaika Binti Ramli (Terengganu)
  6. Emma Hill Yu Wei Ling (Sarawak)
  7. Erissca Peter (Sarawak)
  8. Nur Afrina Batrisyia Bt Mohammad Rizal (Selangor)

Jadual Acara Final 100M Lelaki & Wanita SUKMA 2022

Lebih menarik untuk sukan Olahraga SUKMA 2022 dimana acara final 100m lelaki dan wanita ini akan disiarkan secara langsung.

Anda boleh saksikan live pada 16 September 2022, hari Jumaat bermula 3.15 petang menerusi saluran Astro Arena 2 802, Youtube Astro Arena dan Astro Go. Selain itu juga, anda boleh tonton di RTM TV Okey atau strim di rtmklik.rtm.gov.my

Final 100m Wanita

Nor Sarah Binti Adi (Pahang) - 11.91s [EMAS]

Tarikh : 15 September 2022 (Jumaat)
Masa : 3.20 Petang
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan : Astro Arena 2 802 & TV Okey
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Final 100m Lelaki

Muhammad Azeem Bin Mohd Fahmi (Perak) - 10.25s [EMAS]

Tarikh : 15 September 2022 (Jumaat)
Masa : 3.30 Petang
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan : Astro Arena 2 802 & TV Okey
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Selain itu, jika anda ada masa terluang dan berada berdekatan, anda boleh datang terus ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan sukan-sukan yang berlangsung disini. Juga dimana-mana venue lain yang terlibat. Jangan risau, masuk adalah percuma!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post