Jadual Perlawanan Bola Sepak 48th King's Cup 2022 Thailand

Jadual Perlawanan Bola Sepak 48th King's Cup 2022 Thailand

Skuad Harimau Malaya akan mengharungi dua perlawanan antarabangsa menerusi kejohanan jemputan 48th King's Cup 2022 pada 22 dan 25 September 2022 yang akan diadakan di Chiang Mai dimana Thailand sebagai penganjur dan tuan rumah.

Menerusi kejohanan ini, hanya terdapat 4 pasukan yang terlibat disamping merebut piala kejohanan iaitu Thailand (111), Tajikistan (109), Trinidad & Tobago (101) dan pasukan Malaysia (147).

Kali ini Malaysia akan berdepan dengan skuad kebangsaan yang mempunyai ranking yang lebih tinggi. Dengan kemenangan yang diperoleh dalam setiap perlawanan, pastinya akan memberikan mata yang berharga bagi membaiki kedudukan rangking Fifa.

Untuk rekod, Malaysia pernah memenangi kejuaraan ini sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1972, 1976, 1977 dan 1978. Kali terakhir Malaysia mendapat jemputan dan sertai kejohanan ini adalah pada tahun 1995.

Senarai Pemain Harimau Malaya Di Kejohanan 48th King's Cup 2022

Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Goh telah memanggil dan menyenaraikan sebanyak 25 pemain yang akan menggalas cabaran kali ini. Berikut merupakan senarai seperti yang dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysai (FAM):

Jadual Perlawanan Bola Sepak 48th King's Cup 2022 Thailand

Jadual & Keputusan Perlawanan 48th King's Cup 2022 Thailand

Bagi rakyat Malaysia yang ingin datang menyaksikan perlawanan di stadium, anda boleh dapatkan tiket perlawanan yang boleh dibeli secara online di laman web www.smartticket.me bermula Isnin, 19 September 2022, pukul 9.00 pagi.

Tapi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau! Kejohanan ini akan dibawakan secara langsung menerusi Astro Arena 801 dan Astro Go. Selain itu, boleh juga tonton di saluran TV9 atau strim di www.tonton.com.my.

Format pertandingan; pemenang bagi perlawanan pertama dan kedua akan terus ke pusingan akhir bagi merebut Piala Raja Thailand. Bagi yang tewas akan bersaing sesama sendiri untuk kedudukan ketiga dan keempat.

Berikut merupakan jadual dan keputusan bagi semua perlawanan dalam kejohanan jemputan 48th King's Cup 2022 Thailand

22 September 2022 (Khamis)

FT : Trinidad & Tobago (1) - (2) Tajikistan

FT : Thailand (1) - (1) Malaysia* [Penalti : 3-5]

  • La'Vere Corbin-Ong 32'
  • Pansa Hemviboon 90'+5

Masa : 9.30 Malam
Tempat : Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand
Tayangan : Astro Arena 801 & TV9
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

25 September 2022 (Ahad)

Tempat Ke-3 & Ke-4 - FT : Trinidad & Tobago (1) - (2) Thailand

Final - FT : Tajikistan* (0) - (0) Malaysia [Penalti : 3-0]

*Tajikistan juara 48th King's Cup 2022

Masa : 9.30 Malam
Tempat : Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand
Tayangan : Astro Arena 801 & TV9
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

final Malaysia King's Cup 2022 Thailand

Jadual Perlawanan Bola Sepak 48th King's Cup 2022 Thailand

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post