Jadual Final Piala FA Malaysia 2022

Jadual Dan Keputusan Final Piala FA Malaysia 2022

Final Piala FA Malaysia 2022 bakal mempertemukan wakil dari Selatan dan Pantai Timur iaitu antara JDT dan Terengganu FC dimana perlawananan tersebut akan berlangsung pada 10 September 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada pusingan separuh akhir, Johor Darul Ta'zim telah membenam Penang FC dengan jaringan 6 gol berbalas 1. Manakala Terengganu mengalahkan Selangor FC demgam kemenangan penalty shoot-out selepas masing-masing terikat dengan jaringan satu sama sepanjang tempoh perlawanan sebenar berlangsung.

BACA : Keputusan Separuh Akhir Piala FA Malaysia 2022

Masing-masing mengharungi detik kemenangan yang indah di tempat masing-masing dan akhirnya pemenang tersebut berjumpa di Pusingan Akhir Piala FA Malaysia 2022 untuk perhitungan terakhir.

Selepas 2 tahun tanpa penganjuran disebabkan wabak Covid-19 melanda Malaysia dimana kali terakhir menyaksikan Kedah menjuarai untuk edisi tahun 2019. Kali ini untuk edisi 2022, pasukan manakah yang bakal membawa piala kemenangan?

Jadual & Keputusan Perlawanan Final Piala FA Malaysia 2022

Jadi untuk penyokong dan peminat bagi pasukan finalist kali ini, beli tiket dan hadirlah beramai-ramai ke stadium untuk menyatakan dan memberikan sokongan kepada barisan pemain untuk terus berjuang sekali gus merangkul kejuaraan.

Tetapi sekiranya anda tidak berkesempatan untuk hadir, jangan risau, anda boleh saksikan perlawanan secara langsung yang disiarkan menerusi saluran UnifiTV 701, unifi playTV atau di Youtube Unifi yang boleh ditonton secara percuma.

Bukan itu sahaja, perlawanan ini juga akan dibawakan menerusi saluran RTM di TV Okey (Astro 146 dan Myfreeview 110) beserta Sukan RTM. Selain itu, anda juga boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tidak cukup dengan itu lagi, anda juga boleh tonton di saluran TV9 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my. Semua siaran ada ni. Berbayar ada, percuma pun ada.

Berikut merupakan jadual waktu dan keputusan perlawanan bagi peringkat Akhir Piala FA Malaysi 2022

Terengganu FC (1) - (3) Johor Darul Ta'zim

Arif Aiman 34'
Bergson da Silve 62' (P), 78'
Tchetche Kipre 75'

Tarikh : 10 September 2022
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan : Unifi Sport 701, Sukan RTM, TV Okey & TV9
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Jadual Dan Keputusan Final Piala FA Malaysia 2022

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post