Jadual Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Asia B20 AFC 2023 Uzbekistan

Jadual Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Asia B20 AFC 2023 Uzbekistan

Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Bawah-19 akan menggalas cabaran dalam pertandingan bagi Kelayakan Piala Asia B20 AFC 2023 Uzbekistan dimana Mongolia akan menjadi tuan rumah bagi saingan kelayakan ini bermula 14 hingga 18 September 2022.

Ini pastinya peringkat yang paling getir apabila berjaya pada sesi kelayakan ini, pemain-pemain muda negara dapat beraksi di peringkat tertinggi untuk sukan bola sepak Asia.

Terdapat 43 pasukan bola sepak terbaik Asia yang dibahagikan dalam 10 kumpulan dari A-J dan Malaysia telah diundi dalam Kumpulan E bersama-sama Mongolia, Sri Lanka dan Korea Selatan.

Senarai Pemain Kebangsaan B19 Di Kelayakan Piala Asia B20 AFC 2023

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan 23 pemain yang telah dipilih oleh ketua jurulatih skuad B19 kebangsaan, Hassan Sazali Mohd Waras bagi menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia B20 kali ini.

Syahmi Adib (PG), Zulhilmi Sharani (PG), Aizat Aiman (PG), Aysar Hadi, Marwan Rahman, Adam Farhan, Ziad El Basheer, Najmudin Akmal, Ubaidullah Shamsul, Rozaini Bakar, Oswyn Lim, Danish Irfan, Azannis Adzri, Alif Farhan, Izrin Ibrahim, Haiqal Haqeemi, Aliff Izwan, Faiz Amer, Daniel Edzuan, Nazrin Nasir, Muhammad Abu Khalil, Rohisham Haiqal, Haykal Danish.

Jadual & Keputusan Saingan Kelayakan Piala Asia B20 AFC 2023 Uzbekistan

Saingan kelayakan ini adalah dalam peringkat kumpulan. Jadi hanya juara bagi setiap kumpulan dan 5 naib juara terbaik keseluruhan yang akan mara ke Piala Asia B20 2023 dijadualkan akan berlangsung di Uzbekistan.

Setakat ini tiada maklumat tayangan siaran langsung yang akan dibuat daripada mana-mana stesen televisyen tempatan sama ada RTM mahupun Astro sepanjang kejohanan berlangsung.

Berikut merupakan jadual perlawanan yang hanya melibatkan pasukan-pasukan dalam Kumpulan E termasuk Malaysia bermula pada 14 September hingga 18 September 2022 bertempat di Mongolia dengan mengikut waktu Malaysia

14 September 2022 (Rabu)

FT : Korea Selatan (6) - (0) Sri Lanka

FT : Malaysia (1) - (1) Mongolia

  • Buyannemekh Ganbat 24' (P)
  • Aliff Izwan 54'

Masa : 5.00 Petang
Venue : Stadium MFF, Ulaanbaatar
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

16 September 2022 (Jumaat)

FT : Mongolia (0) - (7) Korea Selatan

FT : Sri Lanka (0) - (3) Malaysia

  • Aliff Izwan Yuslan 30' 90'+5
  • Adam Farhan Faizal 70'

Masa : 5.00 Petang
Venue : Stadium MFF, Ulaanbaatar
Live Streaming : Link 1 | Link 2

18 September 2022 (Ahad)

FT : Mongolia (6) - (0) Sri Lanka

FT : Korea Selatan (6) - (2) Malaysia

  • Lee Youngjun 34', 74', 81'
  • Bae Junho 50'
  • Adam Farhan Faizal 55'
  • Lee Seungwon 57', 88' (P)
  • Aliff Izwan Yuslan 68'

Masa : 12.30 Tengah Hari
Venue : Stadium MFF, Ulaanbaatar
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga dibelakang Korea Selatan dan Mongolia

Jadual Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Asia B20 AFC 2023 Uzbekistan

Untuk dapatkan jadual dan keputusan bagi lain-lain perlawanan, anda boleh rujuk laman web rasmi AFC di www.the-afc.com/afc_u20_asian_cup

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post