Kisah Disebalik Jalan Wagga Wagga Avenue Di Temerloh

Kisah Disebalik Jalan Wagga Wagga Avenue Di Temerloh

Baru-baru ni group facebook Temerloh kecoh kejab bila MPT naikkan signboard jalan di esplanade Temerloh dengan terpapar Wagga-Wagga Avenue. Macam-macam la riaksi rakyat Temerloh bila dengar nama tersebut.

Ketika itu, Majlis Perbandaran Temerloh, MPT baru sahaja merasmikan kawasan tersebut dengan menamakan jalan di kawasan benteng Temerloh itu dengan nama jalan Wagga-Wagga Avenue. Kenapa macam tu? Apa sebabnya? Takda langsung bunyi Temerloh mahupun bahasa Malaysia kan.

Sebenarnya ada sejarah disebalik nama tersebut suatu ketika dahulu. Saya kongsikan ini petikan daripada Dato Akbar tentang sejarah Wagga Wagga dan Temerloh disini.

Kisah Sebenar Disebalik Nama Wagga Wagga Avenue Di Temerloh

Di suatu bandar di New South Wales, Australia terdapat satu jalan yang diberi nama Temerloh Avenue. Apa hebatnya Temerloh sehingga lokasi ini terletak di kawasan kejiranan Tolland Wagga Wagga sehingga mendapat penghormatan tersebut?

Sabenarnya Wagga Wagga pernah membuatkan dan menjadikan Temerloh sebagai bandar berkembarnya (twin city) dan menjalinkan perhubungan antara penduduk Temerloh, Malaysia dan Wagga Wagga, Australia.

Temerloh Avenue 10 terletak di kawasan kejiranan Tolland, yang ke-5 yang paling mudah dilalui di Wagga Wagga dengan skor kejiranan berjalan kaki sebanyak 39. Kejiranan ini mempunyai penduduk sebanyak 3,567 orang. Untuk bergerak di Tolland anda memerlukan kenderaan kerana walkscore nya rendah.

Saya gunakan perisian Walkscore untuk mencuba bandar Temerloh. Alangkah hebatnya walk score untuk Temerloh adalah tinggi, iaitu 90. Lokasi ini (Temerloh) mempunyai markah berjalan 90 daripada 100. Lokasi ini ialah Walker's Paradise, jadi tidak perlu menaiki kereta untuk membeli-belah setiap hari. Terdapat taman taman awam berdekatan termasuk Taman Awam Temerloh, Taman Kenangan, dan Taman Awam Kubang Gajah. 

Pusat perniagaan Wagga Wagga telah mula pada akhir 1800-an dan kekal berpusat di sekitar rangkaian komersial dan rekreasi yang bersempadan dengan Jalan Best dan Tarcutta, Sungai Murrumbidgee dan Lebuhraya Sturt.

Jalan Baylis menjadi Jalan Fitzmaurice di sebelah utara Wagga Wagga, jalan membeli-belah utama di bandar ini. Di pusat bandar, Wollundry Lagoon berfungsi sebagai ciri air utama dan telah berfungsi untuk memisahkan bahagian utara (lama) dari bahagian selatan (baru) pusat bandar.

Di Wagga Wagga, kebanyakan pertumbuhan perumahan terletak di kawasan yang lebih tinggi di selatan pusat bandar, dengan satu-satunya kawasan di utara Murrumbidgee ialah pinggir bandar Wagga Wagga yang mudah banjir dan daerah universiti Estella.

Banyak jalan dinamakan sempena veteran Perang Semenanjung, terima kasih kepada Thomas Mitchell, juruukur yang berkhidmat di bawah Lord Wellington.

Kisah Disebalik Jalan Wagga Wagga Avenue Di Temerloh

Penduduk Temerloh menerima hadiah kereta four-wheel drive pada hari Isnin daripada penduduk Wagga Wagga seperti yang dilaporkan pada 24 Januari 1967 menurut akhbar Eastern. Kenderaan empat roda baharu itu segera dihantar ke Temerloh di Malaysia. Ini adalah hadiah daripada warga Wagga Wagga di negeri Australia New South Wales untuk Klinik Kesihatan Kanak-Kanak Temerloh.

Ia sebagai mengiktiraf persahabatan yang telah di wujudkan antara Temerloh dan Wagga Wagga, Datuk Bandar Wagga Wagga memaklumkan tentang sumbangan kos yang di kutip dari kalangan masyarakat Wagga Wagga.

Kanak-kanak Wagga Wagga juga merasa gembira apabila buat pertama kalinya menerima surat penpal dari kanak kanak Temerloh yang di usahakan bagi menjalin persahabatan antara dia bandar ini. Selain dari itu program memberi biasiswa juga di adakan. Seramai lima orang murid sekolah menengah telah menerima biasiswa Wagga Wagga untuk membiayai pelajaran selama 3 tahun.

Semua ini adalah atas usaha Temerloh Wagga Wagga (Good Neighbour Association) Australia.

Baju kurung dipamerkan di Pameran Malaysia, di Wagga Wagga. Semasa pameran seni dan kraf Malaysia di Wagga Wagga, Australia, Miss Kay Hackett ditunjukkan pakaian baju kurung yang diperbuat daripada kain songket.

Orang Asli Wiradjuri adalah penduduk asal wilayah Wagga Wagga, dan istilah "Wagga" dan derivatifnya dalam bahasa Wiradjuri bermaksud "gagak" dalam bahasa mereka. Wiradjuri membuat jamak (banyak) dengan mengulang perkataan, jadi 'Wagga Wagga' diterjemahkan sebagai 'tempat banyak burung gagak'.

Orang Melayu juga mengulang perkataan untuk mewakili bentuk jamak. Orang-orang, pokok-pokok, ikan-ikan. Begitu lah cerita nya. Saya sendiri tak sampai ke Wagga Wagga, walaupun telah beberapa kali ke Australia.  Semoga Temerloh menyambung atau membuka lain lain peluang untuk kolaborasi saperti ini.

Boleh juga baca keratas akhbar Berita Harian bertarikh 25 Oktober 1969 ini tentang sejarah Wagga Wagga-Temerloh 

Sumber : Dato Akbar Abu Temerloh

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post