Merasai Pengalaman Menaiki KTM Intercity Dari Mentakab (Temerloh) Ke Kuala Lipis

Seharian Menaiki KTM Intercity Di Pahang Mentakab Ke Kuala Lipis

Orang ramai dah cuba, tempat dah viral, jadi kita kena la cuba juga sendiri naik KTM Intercity di Pahang ni. Untuk pengalaman sendiri, aku naik dari stesen Mentakab di Temerloh terus ke stesen Kuala Lipis.

Rasanya sebelum-sebelum ni KTM Antarabandar tiada dalam senarai di Pahang. Jadi kalau nak bergerak dari stesen ke stesen yang lain kena naik KTM Express yang pastinya jadualnya dan kekerapanya adalah kurang.

Berbanding dengan KTM Intercity yang mana shuttle tersebut hanya fokus kepada satu laluan sahaja di Pahang ini bagi laluan Gemas - Kuala Lipis. Nak pusing dalam laluan ini pada hari-hari biasa boleh la naik ni dan takpayah tunggu keretapi sampai tengah malam pun.

Shuttle 34, 35, 36, 37 Khusus Laluan Gemas - Kuala Lipis

Untuk laluan Gemas - Kuala Lipis (Tren Ke Timur) terdapat 2 Shuttle iaitu SH34 dan SH36. Manakala laluan Kuala Lipis - Gemas (Tren ke Selatan) juga terdapat 2 shuttle iaitu SH35 dan SH36. Ianya beroperasi setiap hari.

Kesemua shuttle ini adalah fokus kepada KTM Intercity di dalam Pahang-Negeri Sembilan dengan melibatkan 12 stesen sahaja. Ini bermakna, setiap hari hanya ada 2 kali sahaja perjalanan iaitu pada waktu pagi dan waktu petang.

Seharian Menaiki KTM Intercity Di Pahang Mentakab Ke Kuala Lipis

Stesen yang terlibat : Gemas - Bahau - Kemayan - Triang - Mengkarak - Mentakab - Kuala Krau - Jenderak - Jerantut - Mela - Kerambit - Kuala Lipis.

Untuk jadual penuh, anda boleh rujuk di laman web KTM anda klik sini.

Cara Beli Tiket KTM Intercity

Anda ada 2 pilihan untuk dapatkan tiket iaitu boleh beli di kaunter atau beli secara online sahaja. Sangat digalakkan untuk beli online sebab takut habis tiket di kaunter. Untuk beli online mudah sahaja. Boleh follow seperti kt bawah

  1. Pergi ke website KTM di online.ktmb.com.my
  2. Anda perlu "login" terlebih dahulu. Kalau tiada akaun lagi, perlu "Sign Up" sama ada menggunakan facebook atau emel. Daftar sehingga selesai.
  3. Dah siap daftar, barulah anda masukkan stesen KTM yang anda akan naik atau terdekat dengan kawasan anda. Kemudian destinasi yang ingin dituju, tarikh, berapa orang dan klik "Search"
  4. Harga bergantung kepada jarak anda dengan destinasi. Pastikan pilih Shuttle 34, 35, 36 atau 37 untuk tiket pergi balik KTM Intercity dalam Pahang ni.
  5. Pilih seat yang kosong mengikut gerabak (A, B, C, D), klik confirm seat dan buat bayaran sehingga selesai.

Tiket akan diberi dalam bentuk PDF, jadi jangan lupa untuk photostate setiap helai atau boleh sahaja tunjukkan kod QR pada tiket tersebut. Boleh simpan dalam smartphone je. Semua dah maju kan sekarang.

Seharian Menaiki KTM Intercity Di Pahang Mentakab Ke Kuala Lipis

Pengalaman Menaiki KTM Intercity Dari Mentakab Ke Kuala Lipis

Jadi sebelum ini, aku dah family berkesempatan untuk cuba KTM Intercity ni sendiri. Kami naik di stesen Mentakab iaitu untuk penduduk Temerloh sehingga ke stesen terakhir iaitu Kuala Lipis.

Kami ambil waktu pagi dimana kami naik pada pukul 12.28 dan sampai 1425. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih. Sebenarnya tempoh berhenti dan sampai setiap stesen tu tepat tau. Jadi sila datang awal. Sebaiknya 30 minit sebelum. Lambat tinggal.

Untuk Mentakab - Kuala Lipis harga tiket dewasa RM4.00 sahaja. Budak-budak RM2.00. Pergi balik RM8.00 seorang. Murah kot kalau nak merasai nak KTM. Lagi pun stesen Mentakab dah baru sekarang. Lama dah tak datang.

Anda kena tahu, hanya terdapat 4 gerabak sahaja setiap shuttle iaitu gerabak A, B, C dan D. Pada gerabak A ada kawasan yang ada meja dan terdapatnya cafe atau kantik. Kecil je, jangan expect macam kantin di KTM express ya. Hari tu pun ada jual mee goreng 8 bekas dan air kotak sikit.

Boleh bawa makanan dan makan dalam keretapi, tapi kena jaga kebersihan la. Bahagian kerusi pun ada juga meja kecil macam dalam flight tu. Kalau susah, beli je meja macam ni.

Seharian Menaiki KTM Intercity Di Pahang Mentakab Ke Kuala Lipis

KTM Intercity ni gerabak baru tahu, bukan yang express tu, gerabak lama. Tandas ada dan surau pun ada. Hanya ada kerusi sahaja tau, katil takda, sebab jalan dekat sahaja. Tapi tak best sangat kerusi dia tak boleh turun untuk sandar. Jadi kena duduk tegak selama 2 jam weh. Penat juga rupanya.

Selain itu, pada setiap gerabak ada 2 jenis kerusi iaitu menghadap depan dan belakang. Secara jujurnya, jika anda dapat kerusi yang bertentangan dengan arah perjalanan keretapi, terasa pening. Ianya berlaku pada kami sebab seat tak banyak pilihan. Orang jalan kedepan, tapi kami dapat kerusi menghadap belakang. Jadi layankan je lah.

Untuk pendingin hawa atau aircond pula biasa-biasa sahaja tapi lebih kepada panas. Mungkin sebab ramai orang kot masa kami naik tu. Sepatutnya kena sejukkan la sikit. Aircond dia bukan macam bas bawah kepala tapi keluar daripada atap. Lambat la sejuk.

Seharian Menaiki KTM Intercity Di Pahang Mentakab Ke Kuala Lipis

Overall semua okay la...

Tiket akan diimbas oleh konduktor ketika dalam perjalanan. Jadi siap-siapkan la tiket sejurus selepas duduk di kerusi. Keluarkan terus tiket bagi memudahkan urusan.

Dalam train tiada wifi tapi ada plug 3-pin kalau anda nak caj telefon atau laptop anda yang disediakan di setiap kerusi. Mungkin bawa kerusi atau di dinding. Biasanya kalau lalu hutan sikit, memang tiada line la jawabnya.

Selepas 2 jam bertolak daripada Mentakab barulah sampai ke Kuala Lipis (jam 2.25 PM). Best stop kat sini sebab stesen dia dalam bandar. Jadi anda boleh jalan-jalan disekitar sementara tunggu untuk balik pada jam 4.10PM.

Disekitar ada banyak tempat makan. Antara tempat menarik adalah Bekas Masjid Negeri Pahang iaitu pada tahun 1888 dahulu sebelum bertukar ke Kuantan. Sebab Kuala Lipis dahulu adalah ibu negeri Pahang sebelum ditukar ke Kuantan.

Selain itu, nak lepak tepi Sg. Pahang pun best. Lagi pula ada cafe Sidang Kopi untuk nikmati aroma kopi asli disitu. Lepak-lepak santai makan tengah hari sebelum berangkat pulang pada petangnya. Kami makan kedai tepi jalan je tak tahu jauh dari stesen.

Seharian Menaiki KTM Intercity Di Pahang Mentakab Ke Kuala Lipis

Jam 4.10 masuk semula ke KTM dan bertolak pulang dengan tempoh waktu yang sama dan berhenti di stesen Mentakab semula. Selesai la perjalanan kami seharian menaiki KTM Intercity Gemas - Kuala Lipis. Orang cakap, bukan nak jalan pun, nak naik train baru dan nok kei suasano jah!

Jadi orang-orang Pahang khususnya, pergi la naik KTM Intercity tu. Support local! Katanya turun di Bahau dan Gemas pun best. Sebab stop di dalam bandar. Boleh jalan-jalan cari makan kat sana. Mungkin next trip ke sana pula kot.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Merasai Pengalaman Menaiki KTM Intercity Dari Mentakab (Temerloh) Ke Kuala Lipis"