Senarai Peserta Awesome Raja Lawak Tahun 2022

Peserta Awesome Raja Lawak

Program 'Raja Lawak' yang pernah melahirkan ramai pelawak-pelawak negara dahulu kini kembali tetapi untuk saluran tv yang baru iaitu menerusi program Awesome Raja Lawak.

Untuk musim pertama ini, seramai 14 peserta yang bertanding yang mana terdiri daripada 4 peserta solo, 6 peserta duo beserta 4 peserta trio berkumpulan akan merebut takhta juara.

Mereka akan diadili oleh 3 juri tetap iaitu pelawak legenda, Saiful Apek, Khir Rahman dan Ayda Jebat dimana mereka mewakili 70% daripada markah keseluruhan. Manakala 30% lagi adalah menerusi undian online.

BACA : Senarai 5 Peserta Yang Layak Ke Gelanggang Akhir Awesome Raja Lawak 2022

Disebabkan mereka ini masih baru, akan ada 3 mentor yang akan membimbing para peserta bagi menyampaikan persembahan dan mengharungi cabaran yang berbeza mengikut tema setiap minggu. Mereka ialah Ajak Shiro, Atu Zero dan Tauke Jambu.

Bagi memeriahkan lagi program terbaru daripada rangkai Awesome TV ini, Nizam Jentik-Jentik dan Chiwan Cilok akan bertindak sebagai pengacara utama sepanjang musim. Manakala Kamalia Jamaludin akan berada di bahagian 'Back Stage' sebagai pengacara.

Seperti program-program pertandingan yang lain, Awesome Raja Lawak juga akan menawarkan hadiah wang tunai kepada para pemenang. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 beserta trofi.

Manakala Naib Juara dan Tempat Ketiga masing-masing akan memenangi RM25,000 dan RM15,000 juga beserta trofi.

Senarai 14 Peserta Awesome Raja Lawak 2022

Jadi untuk peminat-peminat lawak jenaka semua, jangan lupa untuk saksikan Awesome Raja Lawak bermula 7 September 2022 yang bersiaran selama 10 minggu setiap hari Rabu pada pukul 9.00 malam di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112. 

Dibawah merupakan senarai peserta-peserta Awesome Raja Lawak untuk musim pertama tahun 2022:

1.  Azhar

Azhar Awesome Raja Lawak

2.  Beduk

Beduk Awesome Raja Lawak

3.  Hanif

Hanif Awesome Raja Lawak

4.  Kacau

Kacau Awesome Raja Lawak

5.  Kanmani

Kanmani Awesome Raja Lawak

6.  Mabo

Mabo Awesome Raja Lawak

7.  Manja

Manja Awesome Raja Lawak

8.  Pelan

Pelan Awesome Raja Lawak

9.  Se'eh

Se'eh Awesome Raja Lawak

10.  Sedare

Sedare Awesome Raja Lawak

11.  Semmat

Semmat Awesome Raja Lawak

12.  Sesah

Sesah Awesome Raja Lawak

13.  Soda

Soda Awesome Raja Lawak

14.  Zunny

Zunny Awesome Raja Lawak

Adakah mereka mampu untuk buat anda gelak terbahak-bahak selepas ini? Saksikan Awesome Raja Lawak...

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post