Cuba Menu Baru Tealive Tiramisu Teassert Smoothie

Review Tealive Tiramisu Teassert Smoothie

Tealive baru sahaja memperkenalkan menu baru iaitu siri Teassert Smoothie dimana terdapat 2 variasi iaitu Tiramisu Teassert Smoothie dan Mango Teassert Smoothie.

Jadi daripada kedua-dua menu ini, aku sempat cuba Tiramisu Teassert Smoothie yang mengfokuskan kepada rasa kopi bersama serbuk koko yang ditaburkan sebagai topping. Aku suka kopi, jadi aku cuba tiramisu ni.

Untuk satu lagi variasi mengfokuskan kepada rasa buah manga dan topping yang digunakan adalah puding. Nampak macam best. Mungkin yang tak minat kopi tiramisu boleh cuba manggo ni. Tapi harga dia makan sikit la.

Review Tiramisu Teassert Smoothie

Menu Tealive baru ini katanya dibuat seperti kek atau smoothie. Jadi ianya lebih likat berbanding air minuman biasa. Untuk Tiramisu Teassert Smoothie menawarkan 2 pilihan saiz cawan dengan harga RM11.13 untuk saiz sedang dan RM12.17 untuk saiz besar.

Manakala untuk Mango Teassert Smoothie hanya menawarkan satu saiz sahaja iaitu saiz besar dengan harga RM12.17. Kedua-dua menu ini anda boleh dapatkan di semua outlet Tealive seluruh Malaysia. Delivery pun boleh. Aku macam biasalah guna apps Touch 'n Go eWallet je. Pickup!

⏩ Dapatkan baucer untuk dapatkan diskaun - Disini

Disebabkan iainya mousse smoothie, anda perlu bayangkan minumannya sedikit likat macam banyak krim macam tu. Barulah terasa macam 'minum' kek tiramisu. Tapi masih lagi seperti air, takda la likat atau krim sangat pun.

Review Tealive Tiramisu Teassert Smoothie

Untuk rasa sama seperti kopi tiramisu dan sekiranya anda ingin rasakan serbuk koko terlebih dahulu, ianya ditaburkan pada bahagian atas. Boleh sedut. Kalau tidak anda kacau terlebih dahulu dan barulah minum.

Aku rasa macam sedikit manis untuk pilihan normal sugar. Mungkin kalau tak suka manis sangat, boleh pilih untuk slight sugar sahaja. Mungkin rasa just nice kot. Boleh cuba nanti.

Untuk keseluruhan, bagi aku rasanya sedap tetapi macam likat sangat untuk sebuah kopi. Maybe minum kopi tiramisu biasa pun dah sedap, tak perlu smoothie pun.

Mungkin lepas ni, kena cuba Mango Teassert Smoothie pula kot. Sebab manggo ni aku suka kalau likat dan smoothie ni. Ditambah pula ada pudding dalam minuman tu.

Ingat dah minum Tealive, lepas tu jogging 30 minit keh...

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post