Senarai Pemenang BWF Japan Open 2022

Senarai Pemenang BWF Japan Open 2022

Kejohanan BWF Japan Open 2022 telah pun melabuhkan tirainya selepas 6 hari para pemain badminton handalan dunia beraksi dalam sukan badminton bermula 30 Ogos hingga 4 September 2022 bertempat di Osaka, Jepun.

BACAJadual & Keputusan Perlawanan Badminton BWF Japan Open 2022

Daihatsu Yonex Japan Open 2022 merupakan antara kejohanan dalam kalendar BWF World Tour untuk tahun 2022 yang merupakan kategori World Tour Super 750 dimana menawarkan mata ranking dan hadiah keseluruhan sebanyak USD750,000 atau sekitar RM3.35 Juta.

Jumlah Agihan Mata Rangking Dan Hadiah Wang Tunai

Berikut merupakan mata agihan bagi setiap peringkat kejohanan berdasarkan sistem mata BWF untuk acara Super 750 beserta agihan hadiah wang tunai.

Agihan Mata Ranking

  • Pemenang - 11,000
  • Naib Juara - 9,350
  • Separuh Akhir - 7,700
  • Suku Akhir - 6,050
  • Pusingan 16 - 4,320
  • Pusingan 32 - 2,660

Agihan Hadiah Wang Tunai

[Perseorangan]

  • Pemenang - $52,500
  • Naib Juara - $25,500
  • Separuh Akhir - $10,500
  • Suku Akhir - $4,125
  • Pusingan 16 - $2,250
  • Pusingan 32 - $750

[Beregu]

  • Pemenang - $55,500
  • Naib Juara - $26,500
  • Separuh Akhir - $10,500
  • Suku Akhir - $4,687.50
  • Pusingan 16 - $2,437,50
  • Pusingan 32 - $750

Senarai Pemenang Kejohanan BWF Japan Open 2022

Kejohanan ini telah menampilkan 14 wakil Malaysia bagi setiap kategori iaitu 2 wakil untuk Perseorangan Lelaki, 4 wakil untuk Beregu Lelaki, 3 wakil untuk Beregu Wanita, 5 wakil untuk Beregu Campuran dan tiada wakil untuk Perseorangan Wanita.

Walaubagaimanapun, pemain negara hanya layak sehingga ke peringkat Suku Akhir sahaja. Bermula daripada peringkat Separuh Akhir dan Final tiada wakil negara. Berikut merupakan senarai pemenang Japan Open 2022 (Podium) untuk kesemua kategori

[Perseorangan Lelaki]

  • Juara - Kenta Nishimoto (JPN)
  • Naib Juara - Chou Tien Chen [4] (TPE)

[Perseorangan Wanita]

  • Juara - Akane Yamaguchi [1] (JPN)
  • Naib Juara - An Se Young [3] (KOR)

[Beregu Lelaki]

  • Juara - Liang Wei Keng/Wang Chang (CHN)
  • Naib Juara - Kim Astrup [7]/Anders Skaarup Rasmussen (DEN)

[Beregu Wanita]

  • Juara - Jeong Na Eun/Kim Hye Jeong (KOR)
  • Naib Juara - Baek Ha Na/Lee Yu Lim (KOR)

[Beregu Campuran]

  • Juara - Dechapol Puavaranukroh [2]/Sapsiree Taerattanachai (THA)
  • Naib Juara - Yuta Watanabe [3]/Arisa Higashino (JPN)

Untuk dapatkan info lanjut bagi kejohanan BWF Japan Open 2022 atau mana-mana kejohanan BWF World Tour anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwfbadminton.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post