Senarai Penuh Pungutan Pingat SUKMA 2022

Senarai Penuh Pungutan Pingat SUKMA 2022

Sukan Malaysia 2022 atau SUKMA XX MSN 2022 telah melabuhkan tirainya pada malam 24 September 2022 selepas mengumumkan Johor menjadi juara keseluruhan dalam edisi ke-20 kali ini.

Dalam acara penutupan yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM Bangi menyaksikan Johor berjaya mengutip sebanyak 172 pingat keseluruhannya iaitu 77 pingat emas, 52 perak dan 43 gangsa.

Manakala Terengganu dan Wilayah Persekutuan masing-masing berada di tangga kedua sebagai naib johan keseluruhan dan tempat ketiga. Terengganu berjaya mengutip 64 emas, 49 perak dan 56 gangsa. Manakala Wilayah Persekutuan bawa pulang dengan 55 emas, 68 perak dan 64 gangsa.

Bukan itu sahaja, Johor juga menyapu bersih bagi takhta atlet terbaik untuk kategori lelaki dan wanita. Atlet lelaki terbaik dirangkul oleh Muhammad Fakhrullah Mohd Rumaize daripada sukan Kanu.

Beliau peroleh 9 emas dengan dua rekod kebangsaan berjaya dipecahkan dalam acara K2 500 m (1:43.045s) dan K2 1000m (3:35.500s).

Manakala Tan Rouxin pula diumumkan sebagai atlet terbaik wanita iaitu daripada sukan renang. Beliau menyapu 6 emas, 1 perak dan 1 gangsa menerusi acara 50m kuak dada, 100m kuak dada, 200m kuak dada, 200m individu medley dan 50m kuak lentang.

Trofi juara keseluruhan temaysa SUKMA 2022 telah disampaikan oleh lagenda badminton negara, Datuk Lee Chogn Wei dan trofi untuk atlet terbaik diserahkan sendiri oleh jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awam dan lagenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David.

Tahniah Johor!

Pungutan Pingat Bagi Negeri Pahang

Untuk kontinjen Pahang, mereka berjaya membawa pulang keseluruhan sebanyak 70 pingat iaitu 22 emas, 21 perak dan 27 gangsa. Pencapaian ini sepertinya sedikit berkurangan jika dibandingkan dengan edisi ke-19 sebelum ini yang diadakan pada tahun 2018.

Pahang mengakhiri cabaran ditempat ke-9 (edisi ke-19 ditempat ke-7) didepan Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Perlis, Kelantan dan Brunei.

Tahniah diucapkan kepada skuad Tok Gajah yang telah memberikan semangat sepenuhnya dalam temasya SUKMA 2022 kali ini.

Berikut merupakan senarai penuh kedudukan pingat keseluruhan dalam SUKMA XX MSN 2022

Senarai Penuh Pungutan Pingat SUKMA 2022

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post