Koleksi Senarai Ucapan Pantun Sempena Hari Malaysia Tahun 2023

Koleksi Senarai Ucapan Pantun Sempena Hari Malaysia Tahun 2023

Setiap tahun pada 16 September, seluruh rakyat Malaysia akan meraikan secara gilang gemilang sempena Hari Malaysia. Jadi hari tersebut, boleh la kita ucapkan selamat kepada rakan dan keluarga dalam bentuk apa jua sekali pun.

Jika pada tarikh 31 Ogos, negara kita bebas daripada penjajah. Manakala pada 16 September iaitu pada tahun 1963 dimana bermulalah pembentukan sebuah negara Malaysia dimana berlaku penggabungan antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak beserta Singapura.

Sejak tahun 2010, Malaysia telah menjadikan tarikh keramat ini cuti umum bagi meraikan bersama di seluruh negara. Dalam tempoh ini juga, rakyat Malaysia boleh tunjukkan semangat patriotik bersama pelbagai kaum di Malaysia.

Pelbagai Koleksi Sempena Hari Malaysia - Klik Sini

Jadi dalam tempoh ini, anda boleh bersama keluarga terdekat meraihkan dan melakukan apa jua aktiviti bersama. Manakala yang jauh, anda boleh kirimkan ucapan patriotik sama dalam bentuk pantun sekali pun atau perkongsian grafik seperti poster mahukan video.

Senarai Ucapan & Pantun Hari Malaysia

Kalau anda ingin dapatkan beberapa koleksi ucapan Hari Malaysia Ke-60 tahun 2023 ini, anda boleh dapatkan senarai dibawah. Juga dikongsikan beberapa rangkap pantun untuk anda gunakan.

Ucapan 1

Selamat Menyambut Hari Malaysia Buat Negaraku Tanah Air Tercinta. Majulah Malaysia dengan cemerlang agar terus gemilang di persada dunia

Ucapan 2

Terima kasih Malaysia di atas nikmat keamanan dan kebebasan yang telah dikecapi selama ini. Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-60

Ucapan 3

Salam Keluarga Malaysia Buat Seluruh Rakyat Malaysia. Marilah sama-sama untuk kita Tegu Bersama ke arah Malaysia yang gemilang

Ucapan 4

Selamat Hari Malaysia 2023

Semarakkan semangat Keluarga Malaysia dalam usaha kita untuk kekal harmoni bersama-sama pelbagai kaum di negara ini

Ucapan 5

Selamat Hari Malaysia Ke-60

Mudah-mudahakn kita akan hidup bekerjasama dan tolong menolong untuk memajukan negara yang kita cintai ini.

#KeluargaMalaysiaTeguhBersama

Ucapan 6

"Kita semua rakyat Malaysia. Ini adalah satu ikatan yang sentiasa menyatukan kita. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan kita sebagai rakyat dan sebagai satu negara" - Tunku Abdul Rahman

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-60 TAHUN 2023

Koleksi Pantun Hari Malaysia

Pantun 1

Perdana Menteri Ismail Sabri,
Memacu negara melawan corona,
Keluarga Malaysia Teguh Bersama tema diberi,
Untuk sambutan sempena Hari Malaysia.

Pantun 2

Lima prinsip Rukun Negara,
Lagu Negaraku jangan dilupa,
Sebagai seorang rakyat Malaysia,
Janganlah kita mengabaikannya.

Pantun 3

Bahasa Malaysia bahasa kebangsaan,
Simbol perpaduan kita semua,
Bersatu hati mencapai wawasan,
Maruah negara kita pelihara.

Pantun 4

Alangkah lembut madu akasia,
Manfaat tubuh sihat dan kuat,
Mari menyambut Hari Malaysia,
Hari tertubuh nusa berdaulat.

Pantun 5

Aman bahagia rakyat sejahtera,
Rakyat sepakat membawa perpaduan,
Pelbagai kaum mewarnai Malaysia,
Malaysia megah di puncak kejayaan.

Pantun 6

Permodenan negara di ambang persada,
Yang dinantikan hampir tiba,
Menghampiri menunggu masa,
Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Pantun 7

Dari Perlis hingga ke Sabah,
Negara makmur rakyat mewah,
Nama Malaysia berdiri megah,
Terus gemilang bumi bertuah.

Pantun 8

Harum kemboja bermayang sari,
Moleknya melur penambat seri,
Rakyat berbilang diikat harmoni,
Keluarga Malaysia kekal uniti.

Pantun 9

Bunga Raya kebangnya satu,
Berwarna merah tiada tandingan,
Malaysia makmur rakyat bersatu,
Ikatan mesra erat perpaduan.

Pantun 10

Keluarga Malaysia Teguh Bersama tema rasmi,
Untuk sambutan Hari Malaysia,
Bersatu teguh berpecah dibasmi,
Negara sejahtera rakyat berwasasan

Pantun 11

16 September Hari Malaysia,
Disambutnya penuh dengan keriangan,
Rakyat Malaysia amalkan perpaduan,
Ayuhlah kita teruskan perjuangan.

Pantun 12

Bersatu hati melawan corona,
Frontliner berjasa untuk negara,
Marilah kita semua berdoa,
Covid-19 berakhir segera.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post