Telefilem Aku Tauhu Engkau Bergedil Di TV2

Telefilem Aku Tauhu Engkau Bergedil Di TV2

Saksikan telefilem Aku Tauhu Engkau Bergedil yang akan menemui penonton pada 13 September 2022, hari Selasa pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Framepersecond Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Ejump Mohd dengan nukilan skrip daripada Abdul Nasir Abdul Khalil

Sinopsis Telefilem Aku Tauhu Engkau Bergedil

Telefilem Aku Tauhu Engkau Bergedil menampilkan barisan pelakon seperti Qi Razali, Annie Mosha, Khatijah Tan, Wafariena Roslan, Fikree Bey, Johan Asari, Fathil Dani dan ramai lagi.

⏩ Tonton Aku Tauhu Engkau Bergedil - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Yaser yang membuat keputusan untuk berpindah dari kota ke Desa Lambaian Sukma kerana mahu menjalani hidup baru setelah melalui pelbagai masalah di kota.

Di kota, Yaser seorang Chef yang masyhur mahu mencari cabaran baharu, bertemu dengan Tia di desa, anak Tok Sidang yang berdedikasi dan mengusahakan pertanian. Masing-masing mempunyai kepakaran dan kekuatan dan lama-kelamaan mereka pun sama-sama jatuh hati.

Dalam masa yang sama juga, Deris bercita-cita tinggi untuk menjadi Tok Sidang selain mempunyai komplot dengan Towkey dalam pejualan tanah orang kampung.

Telefilem Aku Tauhu Engkau Bergedil Di TV2

Telefilem Aku Tauhu Engkau Bergedil Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post