Telefilem Amsterdam Kami Datang Di TV2

Telefilem Amsterdam Kami Datang Di TV2

Saksikan telefilem Amsterdam Kami Datang yang akan menemui penonton pada 21 September 2022, hari Rabu pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem yang diinspirasikan oleh Haryati @ Yaya Abu Bakar ini merupakan terbitan Qaisworks Sdn. Bhd., diarahkan oleh Norliza Ismail dengan nukilan skrip daripada Zuli Ismail.

Sinopsis Telefilem Amsterdam Kami Datang

Telefilem Amsterdam Kami Datang menampilkan barisan pelakon seperti Nazim Othman, Elfaezah Ul Haq, Shiqin Kamal, Shaikh Kalam, Salahuddin Sani, Rosli Mohd Nordin dan ramai lagi.

  • Nazim Othman sebagai Afif
  • Syiqin Kamal sebagai Sarah
  • Elfaezah Ul Haq sebagai Maira
  • Shaik Kalam sebagai Muaz

⏩ Tonton Telefilem Amsterdam Kami Datang - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang 4 sahabat yang merancang secara spontan untuk bercuti di Amsterdam sempena menyambut ulang tahun kelahiran salah seorang sahabat mereka iaitu Muaz.

Dalam masa mereka gembira di Amsterdam, mereka sekawan merasakan seperti diekori oleh seorang lelaki misteri. Disebabkan itu, akhirnya tiba-tiba salah seorang rakan mereka iaitu Maira didapati hilang selepas beberapa hari.

Telefilem Amsterdam Kami Datang Di TV2

Telefilem Amsterdam Kami Datang Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post