Telefilem Damak Si Kuba Di Astro Ria

Telefilem Damak Si Kuba Di Astro Ria

Saksikan telefilem Damak Si Kuba yang akan menemui penonton sempena Hari Malaysia pada 17 September 2022, hari Sabtu pada jam 9.00 malam di Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di Asto Go.

Telefilem yang diinspirasikan dari idea Issey Fazlisham merupakan terbitan syarikat produksi Red Bean Productions Sdn. Bhd., diarahkan oleh Zainorhisyam Samudin dengan nukilan skrip bersama Bainun Waheeda dan Arshad Adam.

Sinopsis Telefilem Damak Si Kuba

Telefilem Damak Si Kuba menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Danish Hazriq, Bienda, Issey Fazlisham, Angellyn Tan (Cik Manis), Angie Tan Ang Yee, Wan Kenari, Wan Rosmadi, Badruhisham Darus dan ramai lagi.

  • Zizan Razak sebagai Pok Chek
  • Danish Hazriq sebagai Mawi
  • Bienda sebagai Mak Ika
  • Issey Fazlisham sebagai Manan
  • Cik Manis sebagai Cik Sheena
  • Angie Tan sebagai Khaleeda
  • Wan Kenari sebagai Tok Wi

⏩ Tonton Telefilem Damak Si Kuba - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Mawi iaitu seorang kanak-kanak buta yang hidup bergelumang dengan kerbau kerana ayahnya, Pok Chek seorang pengembala sejak kecil lagi. Dalam banyak kerbau yang digembala bapanya, ada seekor yang Mawi sangat rapat dan sayang iaitu Damak.

Keluarga Mawi diuji apabila ibunya meninggal dunia akibat kanser dan bermula dari itu, Mawi dan ayahnya Pok Chek melalui saat sukar apabila perlu berpisah dengan kerbau kesayangannya bagi menampung kewangan keluarga.

Mawi cuba mencari pelbagai jalan supaya bapanya tidak menjual kerbau kesayangannya. Adakah Damak akan berpisah dengan Mawi dan akan dijual?

Telefilem Damak Si Kuba Di Astro Ria

Telefilem Damak Si Kuba Di Astro Ria

Telefilem Damak Si Kuba Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post