Telefilem Mak Tak Bagi Balik Di TV9

Telefilem Mak Tak Bagi Balik Di TV9

Saksikan telefilem Mak Tak Bagi Balik yang akan menemui penonton sekali lagi pada 23 September 2022, hari Jumaat pada jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh strim secara online di www.tonton.com.my/live/tv9

Telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi Saphire Screen Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Raja Mukhriz Raja Ahmad dengan penulisan skrip daripada Mazelan Manan.

Sinopsis Telefilem Mak Tak Bagi Balik

Telefilem Bak Tak Bagi Balik menampilkan barisan pelakon seperti Khir Rahman, Vanidah Imran, Nurul Fateha, Izuan Fitri, Izuan Fikri, Shahromnizan Noor, Ieka Zulkifli, Sarah Dowanna, Mili, Man Kader, Zulaikha Zahari dan ramai lagi.

  • Khir Rahman sebagai Hisham
  • Vanida Imran sebagai Rohani
  • Nurul Fateha sebagai Rosnah
  • Izuan Fitri sebagai Sharif
  • Shahronizam Noor sebagai Rahmat
  • Ieka Zulkifli sebagai Sakinah

⏩ Tonton Telefilem Mak Tak Balik Balik - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang kehidupan Hisham dam Rohani bersama 3 anaknya dalam sebuah keluarga miskin di satu kawasan pedalaman dimana mereka hanya mengambil upah menoreh getah.

Walaupun kehidupan mereka serba susah, namun mereka tidak pernah mengabaikan pelajaran dan pendidikan anak-anak mereka. Tambahan pula, anak-anak mereka tergolong dalam pelajar cerdas di sekolah mereka.

Anak perempuan sulung mereka, Rosnah mendapat tawaran untuk belajar di sebuah sekolah berasrama penu. Rohani menasihatkan anak perempuannya tidak perlu membelanjakan wang untuk pulang ke rumah di bulan Ramadan kerana mereka perlu berjimat untuk persiapan Hari Raya.

Mahayu, rakan sebilik Rosnah berasa kasihan terhadap rakannya dan menjemput Rosnah ke rumahnya. Ibu bapa Mahayu terkejut ketika bertemu dengan Rosnah kerana dia merupakan saudara mereka yang sudah lama tidak berhubung.

Telefilem Mak Tak Bagi Balik Di TV9

Telefilem Mak Tak Bagi Balik Di TV9

Telefilem Mak Tak Bagi Balik Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post