Telefilem Rezeki Tanpa Alamat Di TV3

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat Di TV3

Saksikan telefilem Rezeki Tanpa Alamat yang akan menemui penonton pada 25 September 2022, hari Ahad pada jam 10.30 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my

Telefilem dengan tayangan asal pada tahun 2018 ini diterbitkan oleh syarikat produksi Enuja Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ahmad Idham dengan nukilan skrip daripada Did Wahida Rosdi.

Sinopsis Telefilem Rezeki Tanpa Alamat

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat menampilkan barisan pelakon seperti Azrel Ismail, Dato Seri Eizlan Yussof, Jasmin Hamid, Aman Graseka, Jay Iswazir dan ramai lagi.

  • Azrel Ismail sebagai Sharul
  • Jasmin Hamid sebagai Zainab
  • Dato Seri Eizlan Yussof sebagai Azri
  • Jay Iswazir sebagai Malik

⏩ Tonton Telefilem Rezeki Tanpa Alamat - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang kehidupan Sharul selepas kematian ayahnya. Zainab iaitu ibu tirinya menganggap punca kematian suaminya adalah berpunca daripada anak tirinya sendiri iaitu Sharul.

Sedari dari kecil, Zainab tidak pernah menyayangi Sharul. Kasih sayang sering dibeza-bezakan antara Sharul dan anak kandungnya, Malik.

Selepas kehilangan ayah, Sharul tidak minta apa-apa kecuali songkok peninggalan arwah. Songkok itu menjadi peneman Sharul, ke mana saja dia pergi.

Sejak dari itu, dia tidak lepas dari memakai songkok tersebut ke mana sahaja dia pergi walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cercaan.

Demi sebuah masa depan Sharul nekad berhijrah dengan ditemani songkok tersebut.  Sewaktu menjadi gelandangan di kaki lima, Sharul bertemu dengan Azri.

Takdir telah ketemukan mereka berdua yang mana Azri bersedekah dengan meletakan makanan dan minuman untuk sesiapa sahaja yang memerlukan (Rezeki Tanpa Alamat).

Tanpa disangka celahan dalam songkok telah merungkai siapa Azri yang sebenar.

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat Di TV3

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat Di TV3

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post