Telefilem Sampai Jannah Di TV2

Telefilem Sampai Jannah Di TV2

Saksikan telefilem Sampai Jannah yang akan menemui penonton pada 6 September 2022, hari Selasa pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan terbitan bersama Zee Zee Arts Sdn. Bhd dan Prevail Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Rizwan Zaman dan SSB dengan penulisan skrip daripada Sofia J Rhyland.

Sinopsis Telefilem Sampai Jannah

Telefilem Sampai Jannah menampilkan barisan pelakon seperti Sarah Aijaz Khan, Amar Asyraf, Elya Miera, Usman Butt, Datin Mas Anizan, Liz Mysara, Javeria Kamran, Hayam Butt, Tahseen Javed dan ramai lagi.

  • Sarah Aijaz Khan sebagai Jannah
  • Amar Asyraf sebagai Reza
  • Usman Butt sebagai Aryan
  • Elya Miera sebagai Dr. Syikin

⏩ Tonton Telefilem Sampai Jannah Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Reza yang merupakan warganegara Malaysia dan isterinya Jannat yang berasal dari Pakistan terpisah antara benua dikala Lockdown Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia.

Malang menimpanya apabila Jannat terkandas di Pakistan dan suaminya di Malaysia. Dalam usaha mencari jalan ke pulang ke tanah air pelbagai peristiwa yang berlaku terhadap Jannat beserta suaminya.

Antaranya berlaku kemalangan jalanraya yang mengakibatkan kematian satu-satunya anak lelaki mereka dan disebabkan itu Reza berada dalam keadaan koma selama 2 bulan di Kuala Lumpur.

Manakala Aryan bekas teman lelaki Jannat pula cuba melakukan pelbagai perkara bagi memastikan Jannat tidak pulang ke pangkuan suaminya dan terus kekal di Pakistan.

Telefilem Sampai Jannah Di TV2

Telefilem Sampai Jannah Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Sampai Jannah Di TV2"