Telefilem Satu Tong Di Astro Prima

Telefilem Satu Tong Di Astro Prima

Saksikan telefilem Satu Tong yang akan menemui penonton pada 16 September 2022, hari Jumaat pada jam 12.00 tengah hari di Astro Prima 105 dan ulangan jam 10.30 malam di Astro Gemilang 100 pada hari yang sama beserta online Astro Go.

Telefilem khas ditayangkan sempena Hari Malaysia ini merupakan terbitan syarikat produksi Playwright Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Feroz Kader dengan penulisan skrip daripada Eenaz Mokhtar dan Syadhafiza Rosli.

Sinopsis Telefilem Satu Tong

Telefilem Satu Tong menampilkan barisan pelakon seperti Elizabeth Tan, Andy Teh, Shah Iskandar, Nadia Aqilah, Chloyen Lim, Aunty Kitty, Shamsul Danish, Sasitharan, Fadzil A Aziz, Wan Azwan dan ramai lagi.

  • Shah Iskandar sebagai Karim
  • Nadia Aqilah sebagai Ema
  • Andy Teh sebagai Raymond Tan
  • Elizabeth Tan sebagai Nikki
  • Chloyen Lim sebagai Emily
  • Fadzil A Aziz sebagai Haji Abu

⏩ Tonton Telefilem Satu Tong Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang masalah yang sering dialami oleh rakyat Malaysia termasuk gangguan bekalan air. Keluarga Tan dan keluarga Karim sudah lama berjiran dan mengambil berat antara satu sama lain. Pada suatu hari, mereka mendapat berita akan berlaku gangguan air sementara akibat pencemaran sungai.

Dalam tempoh itu juga, kedua-dua keluarga hanya berjaya dapatkan satu tong sahaja untuk menerima bekalan air dan ianya perlu dikongsi.

Disebabkan itu terjadinya adegan berebut dan catuan air antara mereka sehingga tercetusnya pergaduhan hanya kerana isu air yang terpaksa berkongsi.

Telefilem Satu Tong Di Astro Prima

Telefilem Satu Tong Di Astro Prima

Telefilem Satu Tong Di Astro Prima

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post