ZUS Coffee Perkenalkan Kopi Vietnam. Tapi Takda Rasa Kopi Vietnam Pun?

Zus Coffee Perkenalkan Kopi Vietnam

Beberapa minggu yang lalu, aku cuba menu baru daripada ZUS Coffee iaitu mereka memperkenalkan beberapa variasi dengan gabungan Kopi Vietnam yang seperti kini sedang menarik minat orang ramai dengan pelbagai jenama yang diperkenalkan di pasaran.

Secara jujur aku bukanlah peminat kopi dan tidak arif pun tentang kopi. Bagi aku, kalau kopi tu sedap, ianya sedap. Semua jenama kopi yang dijual kat luar tu, semua sedap. Tapi selepas aku cuba kopi vietnam, now bagi aku kopi vietnam lebih sedap daripada kopi arabica yang biasanya kita minum sebelum ini.

⏩ Dapatkan ZUS Drip Bag Coffee Disini

Aku pun baru kenal kopi vietnam ni masa PKP bila ada banyak jenama yang muncul seperti Kee Nguyen dan Saigon. Kini di Temerloh pun dah ada kopi vietnam dibawah jenama Kopi Vietnam Klasik. Lebih sedap rasa dia.

Jadi selepas Zus Coffee memperkenalkan menu Kopi Vietnam ni aku teruja la dimana ada lagi jenama lain yang memperkenalkan kopi ini. Jadi aku cuba la sendiri menu tersebut di cawangan Temerloh.

Menu Baru Sips Of Vietnam

Zus Coffee Perkenalkan Kopi Vietnam

Aku tak pasti adakah menu ini diperkenalkan untuk waktu terhad atau tambahan menu baru. Tapi rasanya untuk waktu terhad. Ada 4 jenis yang anda boleh cuba iaitu Vietnamese Spanish Latte, Viatnamese Coconut Coffee, Vietnam Coconut Coffee Frappe dan Viet-Cha Latte.

  • Berikut harga menu Sips of Vietnam Zus Coffee
  • Vietnamese Spanish Latte = RM10.95
  • Viatnamese Coconut Coffee = RM9.90
  • Vietnam Coconut Coffee Frappe = RM12.90
  • Viet-Cha Latte = RM10.95

Aku cuba 2 menu sahaja iaitu Vietnamese Spanish Latte dengan harga RM10.95 dan Viet-Cha Latte berharga RM10.95 juga.

Review Kopi Vietnam Di ZUS Coffee

Harapan aku untuk menu kopi vietnam ini sekurang-kurangnya rasa yang ditawarkan adalah sama seperti rasa kopi vietnam yang ada dijual di luar sana. Tak kisah la rasa kaw atau manis, tapi mesti ada rasa kopi vietnam tu.

Akan tetapi, harapan aku itu seperti meleset. Bagi aku Vietnamese Spanish Latte aku tu tak rasa langsung kopi vietnam, sebaliknya hanya rasa spanish latte biasa yang Zus Coffee tu jual sahaja. Masih sedap tapi tiada rasa kopi vietnam.

Zus Coffee Perkenalkan Kopi Vietnam

Untuk Macha Latte pun tiada rasa kopi vietnam, hanya rasa green tea seperti biasa sahaja. Masih sedap tapi rasanya tiada kelainan. Lagi pula hari tu katanya Zus Coffee perkenalkan strawless, dia tak bagi straw dah. haihh

⏩ Dapatkan Barangan ZUS Coffee Disini

Aku tak pastilah barista tu lupa nak campur kopi vietnam ke atau memang itu rasa kopi vietnam daripada Zus Coffee. Atau mungkin ianya berlaku pada aku sahaja. Masih confuse dan sedikit kecewa la bila keluar kedai hari tu.

Kalau nak repeat pun mungkin lepas ni boleh try Vietnamese Coconut Coffee Frappe pula la. Mungkin akan rasa kopi vietnam tu. Apa-apapun kopi vietnam lebih sedap daripada kopi arabica.

1/Post a Comment/Comments

  1. tak pernah lagi mencuba zus ni, ramai yang kata sedap... nak kene try jugak lah kalau jumpa

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post