Cara Keluarkan Duit ASB Online Tahun 2023

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

Urusan bagi pengeluaran duit ASB kini lebih mudah apabila anda boleh buat secara online sahaja dengan menggunakan aplikasi myASNB tanpa perlu beratur atau pergi ke mana-mana cawangan pejabat ASNB.

Dengan itu, urusan anda lebih pantas dan menyenangkan. Hanya beberapa minit segala urusan yang berkaitan dengan ASB terutamanya boleh diselesaikan dihujung jari sahaja dengan menggunakan portal myASNB.

Had Pengeluaran (Jualan Balik)

Akan tetapi, jika anda bercadang untuk buat pengeluaran duit ASB (jualan balik), ada had yang ditetapkan berbanding dengan ada buat di kaunter atau mana-mana ejen ASB yang mana anda boleh keluarkan berapa sahaja yang anda mahu.

Tapi jangan risau, kini had pengeluaran telah ditambah jika menggunakan secara online di myASNB iaitu sebanyak RM2,000 sebulan. Sebanyak 3 kali transaksi dengan nilai minima sebanyak RM100 sahaja dibenarkan. Tiada caj tambahan dikenakan dan ianya percuma.

Cara Keluarkan Duit ASB Secara online Menggunakan myASNB

Untuk mengeluarkan duit ASB secara online, pastikan terlebih dahulu anda sudah daftar dan mempunyai akaun myASNB. Baru boleh proceed.

Jika anda masih belum ada, anda boleh buka akaun secara online sahaja dengan merujuk artikel Cara Buka Akaun myASNB secara online tanpa perlu ke kaunter pun.

Bagi yang sudah mempunyai akaun, anda boleh rujuk langkah berikut bagi buat pengeluaran ASB (jualan balik) :

  1. Pergi ke portal myASNB di www.myasnb.com.my atau boleh juga menggunakan aplikasi myASNB dan login menggunakan username dan password
  2. Kemudian klik pada 3 titik pada bahagian 'Dana Saya' dan pilih 'Jualan Balik'
  3. Masukkan Jumlah (RM) dengan nilai minima sebanyak RM100 sehingga RM2000 untuk pengeluaran atau jualan balik unit ASB. 'Tick' pada Saya dengan ini... dan klik 'Seterusnya'
  4. Akhir sekali anda perlu buat pengesahan transaksi. Mula-mula akan menggunakan 'Push Notification' dimana anda akan menerima notifikasi di telefon menerusi aplikasi myASNB. Jika tidak berjaya, anda boleh menggunakan 'Secure TAC' atau 'SMS TAC'. Akhir sekali klik pada 'Sahkan'
  5. Anda akan diberi 'Resit 'Transaksi' dan mengesahkan ianya Berjaya kalau kesemua info yang diberi betul. Selepas sehari, duit tersebut akan terus masuk ke akaun bank anda. Selesai

*Disediakan juga panduan bergambar seperti dibawah:

1.  Login di portal www.myasnb.com.my > klik pada 3-titik > pilih Jualan Balik

Cara Keluarkan Duit ASB Secara online Menggunakan myASNB

2.  Masukkan jumlah (RM) yang anda ingin keluarkan > Seterusnya

Cara Keluarkan Duit ASB Secara online Menggunakan myASNB

3.  Pilih pengesahakan transaksi sama ada Push Notification, Secure TAC atau SMS TAC dan akhir sekali klik Sahkan

Cara Keluarkan Duit ASB Secara online Menggunakan myASNB

Jika semuanya ok, akan dipaparkan resit transaksi BERJAYA. Duit akan dikredikan ke akaun bank dalam hari berikutnya.

Tempoh Untuk Duit Masuk Ke Akaun Bank

Sekiranya permohonan jualan balik berjaya, duit tersebut akan dikredikan atau masuk ke akaun bank yang telah ditetapkan pada hari berikutnya (sehari). Pengalaman sebelum ini, mohon hari Selasa, tengah hari Rabu duit dan masuk.

Tetapi sekiranya jualan balik tidak berjaya atau ada mana-mana info yang anda tetapkan tidak tepat, unit tersebut akan dikembalikan ke dalam akaun semula dalam tempoh 10 hari.

Untuk info lanjut tentang pengeluaran secara online di myASNB, anda boleh rujuk laman web ASNB di pautan www.asnb.com.my/onlineredemption.php

1/Post a Comment/Comments

  1. Assalamualaikum... jemput join GA saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2022/10/giveaway-contengan-cuya.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post