Jadual Perlawanan Final Inter Zone AFC Cup 2022 (KL City VS PFC Sogdiana)

Final Inter Zone AFC Cup 2022 (KL City VS PFC Sogdiana)

Ini betul-betul luar biasa. Selepas berjaya di pusingan Semi Final , Kuala Lumpur City FC (KL City) kini bergerak ke pusingan Final Inter Zone AFC Cup 2022 pula bertemu PFC Sogdiana pada 5 September 2022 bertempat di Sogdiana Sporting Complex, Jizzakh.

Sebelum ini, KL City FC telah berjaya menumbangkan wakil India, ATK Mohun Bagan di peringkat separuh akhir dengan tiga gol berbalas satu yang mana sekali gus membuka laluan kepada KL City untuk ke pusingan akhir.

BACA : Keputusan Semi Final Inter Zon AFC Cup 2022

Final Inter Zone ini bukanlah aksi akhir untuk AFC Cup 2022, tetapi ianya aksi terakhir bagi zon antara benua atau erti kata lain ianya sama seperti semi final AFC Cup. Jadi mana pasukan yang menang selepas ini akan beraksi di Final AFC Cup 2022.

PFC Sogdiana Jizzakh merupakan pasukan daripada liga utama Uzbekistan. Ketika artikel ini ditulis, pasukan tersebut menghuni tangga keenam daripada 14 pasukan yang mana tidak pernah memenangi perlawanan dalam 5 perlawanan terakhir.

Adakah KL City mampu untuk mengambil peluang ini bagi mengalahkan pasukan tersebut yang mana KL City kini seperti dilandasan yang terbaik? Nantikan...

Jadual & Keputusan Perlawanan Final Inter Zon AFC Cup 2022

Seperti sebelum-sebelum ini juga, kejohanan AFC Cup 2022 yang melibatkan wakil daripada Malaysia akan terus ditayangkan di saluran Astro dan untuk perlawanan Akhir Antara Zon ini juga akan disiarkan di Astro Arena 2 (802) dan secara online di Astro Go dan Sooka.my.

Selain itu, jika anda tiada Astro, anda boleh strim secara online dengan melanggan www.elevensports.com berharga RM17.50 sebulan. Jadi peminat bola sepak atau penyokong KL City jangan terlepas untuk saksikan perlawanan ini.

5 Oktober 2022 (Rabu)

  • AET : PFC Sogdiana (0) - (0) KL City FC (Tendangan Penalti : 3-5)

*KL City FC mara ke FINAL AFC CUP 2022

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Sogdiana Sporting Complex, Jizzakh
Tayangan : Astro Arena 2 (802) & elevensports.com
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

*KL City akan bertemu Al-Seeb pada 22 Oktober 2022 di Final AFC Cup 2022

Final Inter Zone AFC Cup 2022 (KL City VS PFC Sogdiana)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post