Jadual Penuh Acara Sukan Para SUKMA 2022

Jadual Penuh Acara Sukan Para SUKMA 2022

Selepas selesai bagi temasya SUKMA pada September lalu, kini barisan atlet para negara pula akan turun beraksi dalam Para SUKMA XX MSN 2022 yang akan berlangsung bermula 1 hingga 6 November 2022 juga bertempat di Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.

Ini la kebiasaanya bagi temasya sukan apabila selesai dengan acara utama, sukan Para pula menyusul selepasnya. Hampir kesemuanya sama kecuali penglibatan para atlet dimana hanya melibatkan individu kurang upaya (OKU) sahaja.

BACA : Jadual Penuh Acara SUKMA 2022

Untuk edisi kali ini, sebanyak 14 pasukan dengan lebih 1200 atlet yang akan mengambil bahagian secara keseluruhan kecuali tanpa kehadiran Brunei seperti mana dalam SUKMA sebelum ini. Daripada itu, sebanyak 10 jenis sukan yang dipertandingkan dengan melibatkan 294 acara.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Para SUKMA 2022, anda boleh layari laman web rasmi di sukma2022.nsc.gov.my/para/. Disana juga anda boleh dapatkan jadual penuh pertandingan dan kedudukan pingat sepanjang temasya berlangsung.

Temasya : Para SUKMA XX MSN 2022
Tarikh : 1 - 6 November 2022
Maskot : Harimau Malaysia (OYEN)
Cogan Kata : #DemiMalaysia
Venue : Sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur & Selangor)

Jadual Penuh Acara Sukan Para SUKMA 2022

Majlis Perasmian Pembukaan Para Sukma XX MSN 2022 akan berlangsung pada 1 November 2022 di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula pada pukul 2.30 petang. Masuk adalah percuma dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan suasana.

Acara perasmian pembukaan ini juga boleh disaksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801, Astro Go dan Youtube Astro Arena. Manakala bagi liputan harian, dengan saluran yang sama akan dibawakan pada jam 11.00 pagi dan 3.00 petang setiap hari.

Berikut merupakan senarai jadual dan tarikh tarikh mengikut acara sukan

Badminton

  • Tarikh : 2 - 6 November (5 Hari)
  • Venue : Stadium Juara, Bukit Kiara

Boccia

  • Tarikh : 2 - 6 November (5 Hari)
  • Venue : Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan

Memanah

  • Tarikh : 2 - 6 November (5 Hari)
  • Venue : Padang Turf, MSN

Olahraga

  • Tarikh : 3 - 6 November (4 Hari)
  • Venue : Stadium Mini MSN

Para Powerlifting

  • Tarikh : 2 - 5 November (4 Hari)
  • Venue :  Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan

Renang

  • Tarikh : 3 - 6 November 2022 (4 Hari)
  • Venue : Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil

Tenpin Boling

  • Tarikh : 2 - 5 November 2022 (4 Hari)
  • Venue : Sunway Megalane

Catur

  • Tarikh : 2 - 6 November (5 Hari)
  • Venue : Dewan Utama, Capital O 89357 Unicorn Hotel

Lawn Bowls

  • Tarikh : 1 - 6 November 2022 (6 Hari)
  • Venue : Kompleks Lawn Bowls Bukit Kiara

Ping Pong

  • Tarikh : 2 - 6 November (5 Hari)
  • Venue : Gymnasium 2 MSN

Jadual Penuh Acara Sukan Para SUKMA 2022

Selamat maju jaya kepada kesemua kontinjen dan atlet yang bertanding dalam Para SUKMA 2022 kali ini. Tunjukkan kepada dunia, anda juga mampu untuk berikan saingan seperti yang lain. Untuk atlet Pahang pastinya kena lah menang banyak sikit pingat emas kali ini.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post