Jadual Perlawanan BWF Denmark Open 2022

Jadual Perlawanan BWF Denmark Open 2022

Siri Jelajah Dunia BWF diteruskan lagi ke Eropah pula menerusi kejohanan BWF Denmark Open 2022 yang akan bermula pada 18 Oktober hingga 23 Oktober 2022 bertempat di Arena Fyn, Odense Denmark.

Terbuka Denmark ini merupakan kategori World Tour Super 750 dimana menawarkan mata ranking yang tinggi disamping hadiah wang tunai secara keseluruhan berjumlah USD 750,000 atau sekitar RM 3.4 Juta.

Selepas lebih sebulan kita tidak disajikan dengan aksi daripada pemain-pemain handalan dunia yang kali terakhir adalah di World Championships dan Japan Open, kini mereka kembali! Bersedialah dengan degupan jantung anda.

Dapatkan Barangan Victor X Lee Zii Jia - DISINI & DISINI

Kejohanan : Denmark Open 2022 presented by VICTOR
Tarikh : 18 - 23 Oktober 2022
Tempat : Arena Fyn, Odense Denmark
Hadiah : USD 750,000 (~RM 3.4 Juta)

Senarai Pemain Malaysia Dalam Terbuka Denmark 2022

Kejohanan Terbuka Denmark 2022 kali ini bakal menampilkan sekali lagi pemain-pemain badminton hebat dari seluruh negara termasuk Malaysia. Jadi ini merupakan senarai pemain negara yang layak menyertai kejohanan kali ini.

[Perseorangan Lelaki]

  • Lee Zii Jia [4]
  • Liew Daren

[Beregu Lelaki]

  • Goh Sze Fei/Nur Izzuddin
  • Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi
  • Tan Kian Meng/Tan Wee Kiong
  • Man Wei Chong/Kai Wun Tee
  • Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik

[Beregu Wanita]

  • Tan Pearly/Thinaah Muralitharan
  • Anna Chin Yik Cheong/Teoh Mei Xing
  • Vivian Hoo/Lim Chiew Sien

[Beregu Campuran]

  • Chang Peng Soon/Cheah Yee See
  • Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie
  • Tan Kian Meng [8]/Lai Pei Jing
  • Hoo Pang Ron/Toh Ee Wei

*Senarai ini adalah termasuk bagi pemain dibawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan juga pemain-pemain profesional negara.

Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton Denmark Open 2022

Untuk peminat badminton di Malaysia, perlawanan badminton akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 814 hanya bermula pada pusingan 16. Selain itu, boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my 

Jika anda tiada sambungan Astro, anda boleh saksikan secara online di channel Youtube BWF TV secara percuma dan kemungkinan anda perlukan sambungan VPN (tengok sini) sahaja.

Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan perlawanan yang hanya melibatkan pemain atau wakil Malaysia sahaja sepanjang kejohanan berlangsung.

⏩ Tonton Live Streaming (akan dikemaskini) - Link 1 | Link 2

----------------------------------------------

18 Oktober 2022 (Selasa) - Pusingan 32

19 Oktober 2022 (Rabu) - Pusingan 32

20 Oktober 2022 (Khamis) - Pusingan 16

21 Oktober 2022 (Jumaat) - Suku Akhir

22 Oktober 2022 (Sabtu) - Separuh Akhir

23 Oktober 2022 (Ahad) - Final

----------------------------------------------

Sepertinya admin tidak berkesempatan untuk kemaskini setiap jadual dan keputusan sepanjang kejohanan Denmark Open 2022. Tetapi anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwfbadminton.com/ atau www.tournamentsoftware.com untuk ketahui keputusan untuk semua perlawanan terlibat.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post