Jadual Perlawanan Final AFC Cup 2022 (KL City Vs Al Seeb)

Jadual Perlawanan Final AFC Cup 2022 (KL City Vs Al Seeb)

Perlawanan Final AFC Cup 2022 telah dimuktamadkan apabila kedua-dua finalist KL City dan Al Seeb akan bertemu pada 22 Oktober 2022, hari Sabtu bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Nampaknya wakil negara sekali lagi berpeluang untuk meraih piala yang cukup berbprestij tersebut jika KL City berjaya mengalahkan wakil daripada kelab Oman, Al Seeb dalam pusingan akhir AFC Cup 2022 nanti. Kali terakhir adalah menerusi kelab selatan tanah air, JDT pada tahun 2015.

BACA : KL City Berjaya Kalahkan PFC Sogdiana Di Final Inter Zone AFC Cup 2022

Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah dan pada awalnya Stadium Kuala Lumpur dijadikan venue tersebut tetapi atas sebab spesifikasi yang tidak capai tahap standard, terpaksa ditukar ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Manakan tidak, untuk peringkat final akan digunakan sisteam VAR atau Video Assistant Referee bagi membantu pengadil membuat keputusan jika perlu.

Jadual & Keputusan Perlawanan Final AFC Cup 2022

Jadi apa tunggu lagi untuk semua penyokong Kuala Lumpur City FC, penuhkan stadium dengan kehadiran anda dengan dapatkan tiket perlawanan yang dijual secara online. Untuk peminat bola sepak tanah air juga, anda perlu datang untuk berikan sokongan padu kepada wakil negara kita.

Tetapi kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk datang, jangan risau! Perlawanan akhir AFC Cup 2022 juga akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 2 802 atau boleh strim secara online di astrogo.astro.com.my

Jika tiada Astro, anda boleh strim di elevensports dengan melanggan di pautan www.elevensports.com berharga RM17.50 sebulan.

22 Oktober 2022 (Sabtu)

KL City FC (0) - (3) Al Seeb

  • Ali Al-Busaidi 22'
  • Abdulaziz Al-Muqbali 37'
  • Muhsen Al-Ghassani 69'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Nasional, Bukit Jalil
Tayangan : Astro Arena 2 (802) & elevensports.com
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Tahniah KL City meraih naib juara AFC Cup 2022 selepas tewas kepada Al-Seeb.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post