Menginap Di Apartment Airbnb 3Be Dekat Blue Mosque Di Istanbul Turki

Menginap Di Apartment Airbnb 3Be Berhampiran Blue Mosque Di Istanbul Turki

Dalam trip Istanbul-Cappadocia di Turki pada Oktober 2022, untuk di Cappadocia, kami menginap di hotel. Manakala untuk di Istanbul, kami ambil keputusan untuk bermalam selama 7 hari di sebuah apartment untuk kesemua 9 ahli keluarga bermula 18 - 24 Oktober 2022.

Jadi kalau nak cari apartment atau rumah dimana-mana destinasi seluruh dunia, paling mudah adalah menerusi aplikasi Airbnb. Semua tempat menggunakan sistem yang sama dan pastinya bayaran boleh dibuat dengan lebih mudah.

BACAItinerary Trip Ke Turki (Istanbul-Cappadocia) Selama 9 Hari Untuk Tahun 2022

Jadi kami buat tempahan 3-4 bulan sebelum tarikh trip kami supaya tarikh yang dipilih tersebut masih available untuk kami. Kalau tidak pun, masih banyak masa untuk cari pilihan yang disenaraikan supaya sesuai dengan kriteria dan kemahuan kami.

Kenapa Tak Pilih Hotel Di Istanbul?

Antara sebab utama kenapa kami tak pilih hotel bila bercuti di Istanbul adalah kalau sewa rumah atau apartment kami bebas untuk masak. Boleh makan sama-sama. Sebab setiap malam, juadah dinner kami adalah masak sendiri, jadi dah boleh jimat berbanding makan di luar. Kat hotel tak boleh masak, takda dapur.

Selain itu, kalau sewa apartment boleh spent time dengan semua ahli keluarga bersama-sama di ruang tamu. Masa ni la nak transfer gambar bagai lepas dah ambil masa berjalan pada siang hari kan. Kalau di hotel, mesti susah nak datang bilik ke bilik kan.

Menginap Di Apartment Airbnb 3Be Di Sultanahmet, Istanbul

Di Istanbul ni banyak je pilihan lokasi menarik antaranya di Balat, Sultanahmet, kawasan Galata dan Istiklal Avenue dan banyak lagi. Tapi kami pilih untuk menginap berdekat dengan kawasan Blue Mosque dan Hagia Sophia atau di kawasan Sultanahmet di jalan Akbiyik Caddesi.

Menginap Di Apartment Airbnb 3Be Berhampiran Blue Mosque Di Istanbul Turki

Di Sultanahmet sendiri pun banyak pilihan. Ini mungkin antara kekurangan Airbnb dimana lokasi rumah yang mereka kongsikan di aplikasi Airbnb tu tidak tepat. Nak dapat exact location, kena tempah dulu dan barulah owner rumah akan bagi lokasi tersebut.

Jadi kriteria untuk pemilihan sewa apartment di Istanbul ini adalah berdekatan dengan Blue Mosque, mempunyai 3 bilik yang mampu menampung untuk 9 ahli, ada microwave dan mesti ada dapur untuk memasak.

Jadi dalam banyak-banyak pilihan aku pilih apartment 3Be host by Fernando. Review ok, bilik cukup, lokasi yang disenaraikan pun katanya dekat dengan Blue Mosque dan boleh nampak pun dari tingkap apartment. Ciri yang aku nak pun, semua ada. Jadi aku pilih terus apartment ni. Lokasi sebenar apartment ni, boleh tengok sini.

Selama 7 hari 6 malam dengan 3 bilik dan 1 ruang tamu, sewa apartment ini ketika itu berharga RM4,450. Sehari lebih kurang RM635. Dia boleh bayar 2 kali, ketika buat tempahan dan juga seminggu sebelum anda tiba di rumah tersebut.

Menginap Di Apartment Airbnb 3Be Berhampiran Blue Mosque Di Istanbul Turki

Jadi 2 hari sebelum aku sampai Istanbul, owner dah whatsapp aku tanyakan waktu ketibaan dan sebagainya. Disebabkan dia tiada di Istanbul, kena check-in sendiri dimana kunci ditinggalkan di keybox. Senang kerja.

Sebenarnya aku tak sangka apartment ni 5 minit je jalan kaki dah sampai kawasan Hagia Sophia/Blue Mosque/Topkapi Palace tu. Dekat sangat, azan pun pun boleh dengar. Waktu Subuh pun kami boleh pergi jalan kaki je Hagia Sophia. Boleh solat dalam tu dan bergambar sekali.

Selain itu, kawasan tersebut memang kawasan tourist dan banyak gila cafe dan kedai makan kat bawah. Bawah rumah pula ada kedai runcit. Memang sangat memudahkan urusan. Masalah makan for sure no problem kalau tak masak sendiri sekali pun.

Tetapi ada 1 je benda kurang best dimana apartment aku tu terletak di tingkat 2 dan tiada lif. Jadi kena naik turun tangga setiap hari. Tak best pun, sebenarnya benda tu kena hadap sekali je sehari. Lokasi yang paling best tu, tak kisah pun tangga tu. Not a big deal actually.

Menginap Di Apartment Airbnb 3Be Berhampiran Blue Mosque Di Istanbul Turki

Dalam rumah tu ada 2 bilik tidur dengan katil queen dan 1 bilik tidur dengan katil single+queen. Sangat cukup untuk 9 ahli keluarga. Family akak aku 1 bilik dengan baby, family adik aku dan aku berempat dengan parents. Selain tu ada living room dengan 2 sofa dan 1 meja mekan. Ada 1.5 tandas, ada dapur, lengkap semuanya, ada microwave, ada peti ais, ada mesin basuh tapi tiada dryer. Penting heater semua cukup. Takda la kesejukan.

Wifi ada, tuala pun semua cukup, pinggan mangkuk dan periuk kuali. Cuma takda sabun mandi je. Tapi kiteorang dah siap-siap beli dari Malaysia. Kami beli jenis Good Virtue Co. dalam botol kecil. Senang bawa.

Menginap Di Apartment Airbnb 3Be Berhampiran Blue Mosque Di Istanbul Turki

Menginap Di Apartment Airbnb 3Be Berhampiran Blue Mosque Di Istanbul Turki

Review Apartment Airbnb 3Be Host By Fernando

Secara jujur, mula-mula sampai penat la sebab kena angkat 9 luggage naik ke tingkat 2 guna tangga sahaja, nasib baik ada 3 lelaki. Tapi bila dah setel semua tu, ok je. Selesa nak rehat sama ada dalam bilik tidur atau ruang tamu.

Masa sampai, rumah bersih, tiada bau pelik, lantai tandas kering, singki kering, tiada sampah yang tetinggal, katil semua rapi dan tidak bersepah. Walaupun tempat ramai orang penuh dengan pelancong, tapi tak sampai ke atas pun. Tak bising pun malam. Tenang je tidur.

Ada tv, tapi tak reti nak guna jadi ianya terpadam sepanjang kami di Istanbul. Not a big deal. Di ruang tamu ada heater dan aircond. Cantik susunan dan 2 sofa yang disediakan pun best nak duduk atau lepak-lepak. Di situ juga ada 1 meja makan tapi cukup untuk 4 orang je. Boleh la letak semua megi, brahim dan makanan-makanan lain.

Menginap Di Apartment Airbnb 3Be Berhampiran Blue Mosque Di Istanbul Turki

Dalam aplikasi Airbnb ada beberapa preview gambar dan kesemua adalah sama 90%. Kalau beza pun deko je. Gambar nampak Blue Mosque tu pun betul. Memang boleh nampak kubah Blue Mosque dari rumah sewa ni. 

Istanbul dah masuk musim luruh dan sejuk sepanjang hari. Jadi selain cuaca, air pun sejuk tau. Tapi alhamdulillah rumah ni ada boiler dan memanaskan semua air. Jadi air paip mandi, basuh pinggan semua ada pilihan air panas. Takda la mandi air sejuk.

Semua lantai menggunakan laminate atau karpet. Jadi kaki tak sejuk kecuali di dalam tandas dan di dapur sahaja. Sekali lagi bukan masalah besar pun. Bukan la sejuk sangat dan tambahan selipar tandas pun kami dah sediakan siap-siap beli dari Malaysia.

Mangkuk, pinggan, sudu, periuk, kettle, microwave, peti ais semua cukup dan berfungsi dengan baik. Periuk nasi je takda, tapi kami bawa yang kecil dari Malaysia. Jadi semua cukup alatan untuk masak dan makan.

Kekurangan

Sepanjang duduk di apartment ni ada la berlaku kurang menyenangkan sikit. Pernah boiler tu tidak berfungsi pada pagi hari. Jadi terus whatsapp owner untuk guide cara nak betulkan. Unlucky, owner macam lewat sikit reply, jadi sebahagian dari kami kena la mandi air sejuk pagi tu. Sebab takut lambat nak bersiap. Last-last ada instruction tertinggal then betulkan baru la jadi semula. Dapat la air panas balik. Mungkin dalam tempoh 2-3 jam je. Lepas tu dah ok sampai balik.

Selain itu, nasib baik berlaku pada hari terakhir bila salah satu lampu tidur pecah dalam salah satu bilik. Tak tahu kenapa. Nasib baik juga takda berlaku kecederaan. Bukan itu sahaja, lepas tu ada juga lampu di ruang tamu terpadam dan terus tidak berfungsi. Dalam itu juga, suis masa trip tapi di bahagian ruang tamu je la.

Dah cuba naikkan fius dia tapi lepas beberapa minit, berlaku lagi. Jadi taknak lagi kejadian pelik berlaku, kami biarkan je. Nasib baiklah berlaku memang hari terakhir nak balik je ni. Patutlah banyak lampu yang tidak berfungsi kat rumah tu.

Yang bahaya kaca lampu pecah tu je la. Harap owner boleh la check balik wiring rumah tu. Takut dah lama tak buat inspection kan. Kesian pula orang lain yang duduk lepas ni. Kami ok je.

Kalau tanya review aku untuk Apartment 3Be host by Fernando di Sultanahmet, Istanbul adalah seperti dibawah:

Lokasi - 5/5
Ketepatan - 4.8/5
Komunikasi - 4.5/5
Check-In - 4.9/5
Kebersihan - 4.8/5

Di apartment ini kami berteduh selama 7 hari daripada panas, hujan dan cuaca sejuk sehari semalam. Masak sini, makan sini, tidur pun kat sini. Setiap pagi juga, kami bergerak daripada tempat ini. Balik penat bukan sebab berjalan, tapi naik tangga. Akhirnya rehat.

Secara keseluruhannya Sangat Memuaskan!!!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post