Pertama Kali Cuba Kopi Vietnam Kee Nguyen Di Kuantan

Cuba Kopi Vietnam Kee Nguyen Di Kuantan

Sekarang kan tengah trend kopi vietnam dimana banyak jenama kini menawarkan kopi tersebut di seluruh Malaysia termasuklah Kee Nguyen. Antara lokasi mereka adalah di Kuantan, Pahang.

Aku mula dengar jenama Kee Nguyen yang menyediakan minuman kopi vietnam ni selepas PKP 1 tahun 2020 yang lalu. Tapi tengok jenama ni dah bertapak di Kuala Lumpur pada pertengahan 2019.

Jadi sejak daripada itu, aku tengok ramai dah la share atau kongsikan pengalaman sendiri minum Kee Nguyen. Sedap la, lain daripada yang lain, rasa kaw, sama seperti kopi jalanan di Vietnam sendiri dan macam-macam lagi.

Cuba Kopi Vietnam Kee Nguyen Di Kuantan

Dah komen dan review macam-macam, nak la juga merasa sendiri kan. Luckily, kini Kee Nguyen dah buka cawangan di Kuantan. Jadi tak perlulah aku kena pergi Kuala Lumpur semata-mata untuk rasa kopi vietnam tersebut.

Review Kopi Vietnam Kee Nguyen

Aku bukanlah peminat kopi tegar. Bagi aku kalau kopi tu sedap, sedap lah. Kalau sedap harga mahal, susah la repeat. Sedap harga murah, memang boleh masuk senarai untuk beli lagi la jawabnya.

Inilah ada pada kopi vientam Kee Nguyen ni. Sedap dan murah. Ye la, sebab konsep asal adalah kopi jalanan kan. Bukanlah kopi premium macam starbucks, zus coffee, gigi coffee dan lain-lain tu. Sedap tapi mahal.

Kopi Vietnam memang rasa lain daripada kopi-kopi biasa yang aku cuba yang mana katanya kebiasaan mereka menggunakan kopi arabica. Sejujurnya macam aku bagi tahu pada entry ZUS Coffee Vietnam tu, bagi aku kopi vietnam lagi sedap daripada biji kopi arabica.

Di Kee Nguyen Kuantan tu, aku cuba 2 jenis menu iaitu Coffee Vietnam Condensed Milk dan juga Coffee Vietnam Latte dengan harga masing-masing RM6 dan RM7 untuk saiz regular. Murah kot!

Sebenarnya ada beberapa menu lain lagi macam Kopi Black, Americano, Coke Coffee, Mocha, Yogurt, Egg Coffee dan Coconut Coffee. Boleh la cuba yang mana berminat.

Cuba Kopi Vietnam Kee Nguyen Di Kuantan

Untuk Condensed Milk ni adalah campuran kopi dan susu pekat yang mana menjadi pilihan ramai. Untuk yang suka kopi manis, sesuai la ni. Manakala untuk Latte adalah campuran kopi vietnam dan susu cair. Jadi rasanya kaw kurang manis dan berlemak.

Bagi aku kedua-dua sedap sebab asasnya adalah kopi vietnam itu sendiri. Kemudian terserah, nak rasa manis atau rasa kaw kopi. Ikut pilihan dan kegemaran anda.

Cuba Kopi Vietnam Kee Nguyen Di Kuantan

Kopi sedap dan murah yang pastinya masuk senarai untuk repeat order. Kalau datang Kuantan, boleh la singgah lagi kat sini atau kena cuba Saigon pula. Tak sempat lagi rasa ni. Tapi aku takkan minum selalu sampai addicted ditambah pula dengan gula membahayakan kesihatan. Kadang-kadang boleh la kan.

BACA10 Kedai Kopi Viral Terbaik Yang Patut Anda Cuba Di Temerloh

Tapi kalau orang Temerloh, nak rasa kopi vietnam, takpayah pergi jauh dah, pergi je cuba Kopi Vietnam Klasik di area bandar lama. Dieorang pun ada jual kopi vietnam. Rasa sama dan siap lagi murah kot. RM5.00 je weh...

10/Post a Comment/Comments

  1. saya peminat kopi antara the best kopi adalah kopi vietnam. kalau ke kuantan nak try kopi ni

    ReplyDelete
  2. Sebagai seorang peminat kopi, yang sah kena try. Kopi Vietnam biasanya ada rasa atau kick yang lebih aromatik dan pekat dari segi rasa. Harga pun mampu-milik. Terbaik boss!

    ReplyDelete
  3. First time dengar nama kopi ni. Macam teringin pulak nak try.

    ReplyDelete
  4. Biar betul harga RM5 je? Memang murah betul. Kalau dkt KL ni memang susah nk dapat harga mcm tu! :)

    ReplyDelete
  5. Peminat kopi semestinya tak lepaskan peluang untuk merasai nikmat rasa setiap tegukan air cofee yang sememangnya enak dan jadi pilihan masyarakat umumnya..

    ReplyDelete
  6. Harga kopi ni sgt berpatutan kan! Wahhh,boleh la repeat berkali2 since memang need coffee to fuel my day! Nak check kat mana la di KL ni..

    ReplyDelete
  7. I belum try this cafe lagi, tapi i memang peminat kopi so might visit when i m in Kuantan

    ReplyDelete
  8. Thanks so much for sharing this as I love Vietnam coffee for its thickness & good aroma, will check out for my coffee time. Can't wait. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  9. Kak blm lg rasa Kopi Vietnam Kee Nguyen ni, nk pg jauh plk, kat KL ada tak

    ReplyDelete
  10. Argghh rindu kopi Vietnam. Rasa dia berbeza dengan kopi-kopi negara lain. Kena pergi kedai kopi khas Vietnam untuk cuba. Nanti pulang ke Kuantan nak singgah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post