Telefilem Kain Kafan Berbisik Di TV2

Telefilem Kain Kafan Berbisik Di TV2

Saksikan telefilem Kain Kafan Berbisik yang akan menemui penonton pada 12 Oktober 2022, hari Rabu pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di Tv2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi A. Aida Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dengan nukilan skrip daripada Zabidi Mohamed.

Sinopsis Telefilem Kain Kafan Berbisik

Telefilem Kain Kafan Berbisik menampilkan barisan pelakon seperti Hairul Azreen, Umi Nazeera, Aida Khaleeda, Nafiez Zaidi, Khalida Balqis, Aishah Atan, Edika Yusof dan ramai lagi.

  • Hairul Azreen sebagai Muaz
  • Umi Nazeera sebagai Shaza
  • Aida Khaleeda sebagai Hajah Sakinah

Ianya mengisahkan tentang Shaza yang mempunyai bisnes keluarga dengan menjual kelengkapan mandi jenazah dan kain kafan. Apabila ayahnya meninggal, bisnes disambung oleh ibunya.

Apabila ibunya tiba-tiba jatuh sakit, Shaza menyambung bisnes secara sambilan kerana bekerja di sebuah pejabat swasta di Kuala Lumpur.

Shaza telah dihadiahkan satu set kelengkapan jenazah oleh ibunya ketika hari jadinya dan ibunya mahu Shaza membawa kain kafan tersebut ke mana sahaja dia pergi.

Telefilem Kain Kafan Berbisik Di TV2

Telefilem Kain Kafan Berbisik Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post