Telefilem Maya Mila Di TV9

Telefilem Maya Mila Di TV9

Saksikan telefilem Maya Mila yang akan menemui penonton pada 3 Oktober 2022, hari Isnin pada jam 8.30 malam menerusi slot Kuasa 3 Malam di TV9 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my

Telefilem ini pada asalnya ditayangkan pada tahun 2018 dan kini akan disiarkan semula untuk tontonan ramai. Naskah ini merupakan adaptasi novel bertajuk 'Sentuhan Maya Bayangan Mila' karya Faranina Zulfar.

Maya Mila diterbitkan oleh syarikat produksi Sha's Media Sdn. Bhd., diarahkan oleh Zamri Ismail dengan penulisan skrip bersama iaitu daripada Pouvin dan Tommy Loh.

Sinopsis Telefilem Maya Mila

Telefilem Maya Mila menampilkan barisan pelakon seperti Mimi Lana, Azrel Ismail, Ridzuan Hashim, Hafiz Nolan, Julia Ziegler, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

  • Mimi Lana sebagai Maya/Mila
  • Azrel Ismail sebagai Harris
  • Ridzuan Hashim sebagai Dato Hasbullah
  • Hafiz Nolan sebagai Farish
  • Julia Ziegler sebagai Datin Connie
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Siti

⏩ Tonton Telefilem Maya Mila - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang pasangan kembar seiras iaitu Maya dan Mila yang mempunyai personaliti yang berbeza.

Maya iaitu seorang kakak yang pemalu, serius dan tegas. Manakala Mila pula seorang adik yang periang dan ceria.

Mila telah pun bertunang dengan Farish. Dalam satu kemalangan, Mila telah berkenalan dengan Haris and ingin kenalkan Haris dengan Maya tetapi Maya enggan.

Mila membuat keputusan menyamar sebagai kakaknya. Tanpa mengetahui yang bahawa Haris mempunyai masalah mental.

Telefilem Maya Mila Di TV9

Telefilem Maya Mila Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post