Telefilem Roti Cicah Susu Di Astro Ria

Telefilem Roti Cicah Susu Di Astro Ria

Saksikan drama terbaru Roti Cicah Susu yang akan menemui penonton bermula 10 Oktober 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Drama bersiri yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama 'Roti Cicah Susu' karya Liza Nur ini merupakan terbitan syarikat JS Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azman Hj Yahya dan Shiela Rusly dengan nukilan skrip daripada Ayuni Zamani. Ianya bakal menggantikan drama Bukan Pi Mai Pi Mai.

Sinopsis Drama Roti Cicah Susu

Drama Roti Cicah Susu menampilkan barisan pelakon seperti Haneesya Hanee, Farahdhiya, Aida Aris, Safwan Nazri, Syazuwan Hassan, Afifah Nasir, Sharifah Shahora, Riezman Khuzaimi, Hazeeq Dean, Fad Anuar dan ramai lagi.

  • Haneesya Hanee sebagai Umaira 
  • Farahdhiya sebagai Arissa
  • Aida Aris sebagai Ratna
  • Sharifah Shahora sebagai Puan Markissa
  • Safwan Nazri sebagai Lutfi
  • Afifah Nasir sebagai Hernani
  • Fad Anuar sebagai Dr. Emran Mikhail

⏩ Tonton Drama Roti Cicah Susu - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang empat orang anak yatim piatu yang dibesarkan di Teratak Markissa iaitu Umaira, Elmiyya, Arissan dan Aiman.

Namun begitu, keempat-empat mereka terpisah apabila sesuatu berlaku di Teratak Markissa angkara Geng Tengkorak dan rumah tersebut terpaksa ditutup.

Selepas 15 tahun , mereka semua bertemu semula dan cuba untuk mencari jawapan tentang apa yang berlaku dulu sehingga membuka banyak rahsia yang tak sepatutnya diketahui.

Telefilem Roti Cicah Susu Di Astro Ria

Telefilem Roti Cicah Susu Di Astro Ria

Telefilem Roti Cicah Susu Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post