Undian TM Piala Malaysia 2022

Undian TM Piala Malaysia 2022

Malaysia Football League (MFL) mengumumkan undian pusingan 16 bagi kejohanan TM Piala Malaysia 2022 bermula 25 & 26 Oktober sehingga final yang dijadualkan berlangsung pada 26 November 2022.

Edisi kali ini nampaknya sedikit berlainan daripada sebelum-sebelum ini apabila MFL mengumumkan tiada aksi peringkat kumpulan bagi kejohanan ini sebaliknya semua 16 pasukan yang layak akan diundi untuk memulakan cabaran di pusingan 16.

BACA : Dapatkan Jersi Pasukan Bagi Piala Malaysia 2022

Keputusan ini dibuat bagi memberi ruang dan peluang mendapat rehat secukupnya bagi mengekalkan tahap kecergasan dan prestasi pemain bagi menjamin perlawanan yang kompetitif.

Bukan itu sahaja ianya juga membenarkan pasukan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan padang perlawanan dapat dijalankan dengan lebih efisyen bagi memasukan keadaan padang di tahap yang terbaik.

Senarai 16 Pasukan Ke Piala Malaysia 2022

Susulan pengumuman Malaka United yang tidak dibenarkan untuk beraksi di Piala Malaysia 2022, kesemua pasukan dalam Liga Super menempah tiket ke saingan Piala Malaysia iaitu sebanyak 11 pasukan ditambah dengan 5 pasukan terbaik daripada Liga Perdana menjadikan keseluruhan sebanyak 16 pasukan.

Berikut merupakan senarai 16 pasukan yang layak ke Piala Malaysia 2022

Liga Super : Johor Darul Ta'zim, Sabah FC, Terengganu, Negeri Sembilan FC, KL City FC, Kedah Darul Aman FC, Sri Pahang FC, Selangor FC, Petaling Jaya FC, Sarawak United FC dan Penang FC

Liga Perdana : Kelantan FC, Kuching City FC, PDRM, Kelantan United FC dan UiTM FC

Senarai 16 Pasukan Ke Piala Malaysia 2022

Jadual & Keputusan Undian Piala Malaysia 2022

Piala Malaysia 2022 akan menampilkan 16 pasukan bermula dengan Pusingan 16 yang diadakan secara timbal balik disusuli pusingan Suku Akhir (timbal balik) dan kemudian ke perlawanan Separuh Akhir (timbal balik) dan akhirnya pada Final.

Jadual Piala Malaysia 2022

  • Pusingan 16 - 25 & 26 Oktober 2022 (1) | 31 Oktober & 1 November 2022 (2)
  • Suku Akhir - 5 & 6 November 2022 (1) | 11 & 12 November 2022 (2)
  • Separuh Akhir - 15 & 16 November 2022 (1) | 20 November 2022 (2)
  • Final - 26 November 2022

Keputusan Undian Piala Malaysia 2022

MLF telah mengadakan Majlis Undian TM Piala Malaysia 2022 pada 6 Oktober 2022 dan berikut merupakan senarai penuh keputusan undian yang telah dibuat.

  • Penang FC vs Kuching FC
  • UITM FC vs Sabah FC
  • Sarawak United vs Kelantan FC
  • PJ City vs JDT
  • Kelantan United vs Selangor
  • Kedah vs Negeri Sembilan
  • PDRM vs KL City
  • Sri Pahang vs Terengganu

Bersediakah anda?

Undian TM Piala Malaysia 2022


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post