Drama Wanita Milik Tuan Putra Di TV3

Drama Wanita Milik Tuan Putra Di TV3

Saksikan drama Wanita Milik Tuan Putra yang akan menemui penonton mulai 21 Oktober 2022, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7.00 malam menerusi slot Akasia TV3 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my

Drama 28 episod yang menggantikan Sekali Lagi Cinta Kembali ini merupakan adaptasi novel daripada 'Wanita Milik Tuan Putra' karya Aunie Ayunie.

Naskah ini diterbitkan oleh syarikat produksi Orangetree Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dengan nukilan skrip bersama daripada Amin Shakib, Amar Amir, IB Nawawi, Azmy Ariff dan Azril Hamzah.

Sinopsis Drama Wanita Milik Tuan Putra

Drama Wanita Milik Tuan Putra menampilkan barisan pelakon seperti Intan Najuwa, Hisyam Hamid, Sherry Ibrahim, Natasya Mahyan, Wafariena, Syazuwan Hassan, Hafidz Roshdi, Badrul Muhayat, Kuza, Kathy Azian, Enot, Ieka Zulkifli, Farah Wahida dan ramai lagi.

  • Intan Najuwa sebagai Bunga Zinnirah
  • Hisyam Hamid sebagai Tuan Putra Anaqi
  • Sherry Ibrahim sebagai Tengku Tania
  • Natasya Mahyan sebagai Eva
  • Wafariena sebagai Airis
  • Syazuwan Hassan sebagai Emir
  • Hafidz Roshdi sebagai Asmara
  • Kuza sebagai Datin Luna
  • Badrul Muhayat sebagai Dato Azka

⏩ Tonton Drama Wanita Milik Tuan Putra - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Bunga yang dihalau keluar oleh bapa angkatnya, Dato’ Azka apabila mendapati Bunga bersama lelaki lain di dalam bilik. Bunga tiada tempat untuk berteduh. Namun, dengan bantuan Tuan Putra, Bunga dapat menumpang di rumahnya bersama pembantu rumah iaitu, Mak Jah dan Pak Jais.

Insiden yang berlaku kepada Bunga membuatkan Putra berasa simpati membuat dirinya akur untuk berkahwin dengan Bunga atas desakan Dato’ Azka. Di mana ada cinta, di situ ada benci. Tania, kakak tiri kepada Putra tidak merestui perkahwinan mereka kerana sudah lama menyimpan perasaan terhadap Putra.

lama kelamaan, hubungan mereka semakin erat dan Putra mula menyedari bahawa cintanya terhadap Bunga semakin mekar. Adakah sesuatu bakal mengancam hubungan mereka? Atau cinta mereka dapat dipertahankan hingga akhir hayat?

Drama Wanita Milik Tuan Putra Di TV3

Drama Wanita Milik Tuan Putra Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post