Jadual & Keputusan Final Piala Malaysia 2022

Jadual & Keputusan Final Piala Malaysia 2022

Kini sudah tiba masanya 2 pasukan akan berentap bagi meraih gelaran juara dalam kejohanan Final TM Piala Malaysia 2022 dimana bakal berlangsung pada 26 November 2022, hari Sabtu jam 9.00 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Untuk pusingan akhir bakal mempertemukan 2 pasukan gergasi JDT dan Selangor dimana masing-masing berjaya menumbangkan pasukan lawan masing-masing di peringkat Separuh Akhir dengan aggregat 4-1 dan 3-2.

JDT mengalahkan Sabah 1-0 untuk perlawanan pertama dan 3-1 untuk perlawanan kedua. Manakala Selangor mengalahkan Terengganu 3-1 untuk perlawanan pertama tetapi tewas 0-1 untuk perlawanan timbal balik kedua. Namun, masih berjaya menempah tiket ke final.

Tiket Final Piala Malaysia 2022

Untuk penonton yang ingin hadir bagi menyaksikan perlawanan Akhir Piala Malaysia 2022, anda sudah boleh mula dapatkan tiket pada 24 November 2022 dengan harga yang ditetapkan seperti dibawah:

  • GA50 (General Admission) - RM50
  • GA70 (General Admission) - RM70
  • PGS150 (Premium Grandstand) - RM150
  • VIP200 (VIP Grandstand) - RM200

Tiket boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my dengan menggunakan nombor kad pengenalan anda. Untuk fans JDT sahaja, boleh beli secara online di ticket.tickethotline.com.my/club/jdt.

Jadual & Keputusan Pusingan Akhir Piala Malaysia 2022

Kalau dah ada tiket, boleh datang stadium. Kalau tiada tiket, takpa. Anda masih boleh saksikan perlawanan antara JDT dan Selangor secara langsung yang dibawakan di saluran Unifi dan RTM.

Di kaca tv, anda boleh saksikan di siaran TV Okey, Sukan RTM dan Unifi Sports 1. Selain itu, boleh tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my, Youtube Unifi, dan aplikasi play@unifi secara percuma.

Berikut merupakan jadual dengan tatapan tarikh dan masa perlawanan bagi Final TM Piala Malaysia 2022

FT : Johor Darul Ta'zim (2) - (1) Selangor FC

  • Caion (P) 45'
  • Bergson da Silva 45+2'
  • Fernando Forestieri 59'

Tarikh : 26 November 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan : TV Okey, Sukan RTM, Unifi Sports 1
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Tahniah JDT dinobatkan sebagai JUARA TM PIALA MALAYSIA 2022

Jadual & Keputusan Final Piala Malaysia 2022

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post