Senarai Pantun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

pantun pilihan raya umum pru15

Ucapan pantun la best kalau nak bagi pada keluarga atau rakan-rakan. Lebih unik dan beridentiti kan. Lagi-lagi di musim pilihan raya ni terutamanya diambang hari mengundi pada 19 November 2022 (Sabtu) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PRU ni pula jarang berlaku dan kalau di Malaysia terjadi sekali sahaja dalam 5 tahun. Masa ini lah orang ramai keluar mengundi bagi memilih pemimpin yang akan menerajui tampuk kerajaan untuk penggal baru kelak.

Dalam masa ni juga, meriah dengan ceramah politik, perang bendera di tepi-tepi jalan, paparan poster di bilboard, walkabout daripada calon, sesi perkenalan dengan pengundi di kawasan atau tempat bertanding dan banyak lagi.

Keputusan Pilihan Raya Diumumkan

Tambah meriah lagi, boleh ucapkan selamat kepada keluarga dan kenalan sempena PRU15 dalam pelbagai bentuk antaranya bentuk pantunlah. Boleh share di whatsapp, facebook, twitter, tiktok, instagram dan macam-macam lagi.

Contoh Dan Senarai Pantun Pilihan Raya (PRU15)

Berikut merupakan antara contoh pantun Pilihan Raya terutamanya khusus bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) :

Berani kita kerana benar,
Usah leka jangan terlena,
Lama benar menanti sinar,
PRU15 kita bina semula negara

Pulas-pulas pucuk ubi,
Orang sebelah tidak menyapa,
19 November hari mengundi,
Kalah menang itu adatnya.

Tanam tebu di pinggir bibir,
Bibir lebar seluas melaka,
Kalau menang sudah ditakdir,
Rajin rajin nampakkan muka.

Tua dan muda tak kira usia,
Dengar ceramah cerita agenda,
Selamat mengundi rakyat Malaysia,
Masa depan negara pilihan anda.

Tak kira menang atau kalah,
Ayoh kawan, rakan dan jiran,
Ke peti undi kita merubah,
Nasib cucu masa hadapan.

Bunga Raya bunga Kebangsaan,
Warnanya merah memikat hati,
Di pilihan raya kita berlawan,
Menang kalah bersatulah nanti.

Derma dikumpul ke dalam peti,
Peti menghempap kepala buaya,
Mari kita bersatu hati,
Melangkah menuju Putrajaya

Menuai padi di kepala batas,
Jangan lupa tanjak di sawah,
Bila sudah ada di atas,
Jangan lupa kami di bawah.

Selamat datang kami ucapkan,
Kepada tetamu yang sudi datang,
Bukan selalu kehadiran kalian,
Ingatlah kami apabila menang

Kalau berani menghunus keris,
Hunuslah keris kepada musuh,
Jangan hanya bermuka manis,
Tanpa bekerja bersungguh-sungguh,

Bertanding pulak parti bebas,
Menegak prinsip ikhlas dan amanah,
Duit rakyat jangan dikebas,
Berjuang membasmi amalan rasuah

Dari Muar ke Johor Bharu,
Tidak lagi bersinggah-singgah,
Kalau anda mahu yang baharu,
Pastikan pemimpin tidak rasuah. 

Banyak terbang si burung camar,
Di pokok ara singgah menanti,
Banyak calon datang melabar,
Akan kupilih yang berintegriti.

Merah bunganya memikat hati,
Mari suntingkan untuk puteri,
Menang kalah bersatulah nanti,
Jangan pentingkan diri sendiri.

Ceramah politik di sana sini,
Rakyat mendengar dengan teliti,
Janji manifesto yang dulu dan kini,
Rakyat menilai dari bukti.

Tiup belon selang ketawa,
Baca cerpen sambil tergelak,
Semua calon tunjuk wibawa,
Bila berkempen jagalah akhlak.

Kalau hendak memilih cincin,
Pilihlah cincin yang muat dijari,
Kalau hendak memilih pemimpin,
Pilihlah pemimpin bermaruah diri.

Nasi lemak harum berhalia,
Nikmat memakan tergigit lidah,
Berkempen dengan pekerti mulia,
Biar selari dengan aqidah.

*Takyah gaduh-gaduh la sebab politik. At the end sama sahaja. Jadi undilah Pakatan Harapan.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post