Senarai Pemenang BWF Hylo Open 2022

Senarai Pemenang BWF Hylo Open 2022

Kejohanan BWF Hylo Open 2022 telah pun melabuhkan tirainya selepas 6 hari para pemain badminton beraksi dalam kejohanan tersebut bermula 1 hingga 6 November 2022 bertempat di Saarlandhalle, Saarbucken Germany.

BACA : Jadual & Keputusan Penuh Hylo Open 2022

Hylo Open 2022 merupakan antara kejohanan yang tersenarai dalam kalendar BWF World Tour untuk tahun 2022 yang mana ianya merupakan kategori World Tour Super 300 dimana menawarkan mata ranking dan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD180,000 atau sekitar RM850 ribu.

Jumlah Agihan Mata Ranking Dan Hadiah Wang Tunai

Berikut merupakan agihan mata (point) bagi setiap peringkat dalam kejohanan ini berdasarkan sistem mara BWF untuk acara Super 300 beserta agihan hadiah wang tunai.

Agihan Mata Ranking (Point)

  • Juara - 7000
  • Naib Juara - 5950
  • Separuh Akhir - 4900
  • Suku Akhir - 3850
  • Pusingan 16 - 2750
  • Pusingan 32 - 1670

Agihan Hadiah Wang Tunai

[Perseorangan]

  • Juara - $13,500
  • Naib Juara - $6840
  • Separuh Akhir - $2610
  • Suku Akhir - $1080
  • Pusingan 16 - $630

[Beregu]

  • Juara - $14,220
  • Naib Juara - $6840
  • Separuh Akhir - $2520
  • Suku Akhir - $1305
  • Pusingan 16 - $675

Senarai Pemenang Kejohanan BWF Hylo Open 2022

Kejohanan ini telah menampilkan 8 wakil Malaysia bagi setiap kategori iaitu 2 wakil perseorangan lelaki, masing-masing 1 wakil daripada beregu lelaki dan wanita beserta 3 wakil daripada beregu campuran.

Kali ini, wakil negara hanya mampu pergi sehingga pusingan 16 sahaja. Tiada wakil dalam pusingan suku akhir, separuh akhir dan final. Berikut merupakan senarai pemenang Hylo Open 2022 (podium) untuk kasemua kategori.

[Perseorangan Lelaki]

  • Juara - Anthony Ginting [5] (INA)
  • Naib Juara - Chou Tien Chen [3] (TPE)

[Perseorangan Wanita]

  • Juara - Han Yue (CHN)
  • Naib Juara - Zhang Yiman (CHN)

[Beregu Lelaki]

  • Juara - Lu Ching Yao/Yang Po Han (TPE)
  • Naib Juara - Lee Jhe Huei/Yang Po Hsuan (TPE)

[Beregu Wanita]

  • Juara - Benyapa Aimsaard [8]/Nuntakarn Aimsaard (THA)
  • Naib Juara - Jongkolphan Kititharakul [1]/Rawinda Prajongjai (THA)

[Beregu Campuran]

  • Juara - Rehan Naufal Kusharjanto/Lisa Ayu Kusumawati (INA)
  • Naib Juara - Feng Yanzhe/Huang Dongping (CHN)

Untuk dapatkan info lanjut bagi kejohanan BWF Hylo Open 2022 atau mana-mana kejohanan BWF World Tour,  anda boleh rujuk laman web rasmi di www.bwfbadminton.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post