Telefilem Gambus Rindu Di TV1

Telefilem Gambus Rindu Di TV1

Saksikan telefilem Gambus Rindu yang akan menemui penonton pada 12 November 2022, bersiaran pada hari Sabtu pada jam 10.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi Creative Creed Sdn. Bhd., diarahkan oleh Astri Tajudin dengan nukilan skrip daripada Azhar Abdul Aziz.

Sinopsis Telefilem Gambus Rindu

Telefilem Gambus Rindu menampilkan barisan pelakon seperti Rusdi Ramli, Dayang Areeda, Haleeda, Firdaus Ghufran, Syed Ali Murtadha, Nurul Azia Azmi dan ramai lagi.

  • Rusdi Ramli sebagai Mustakim
  • Dayang Areeda sebagai Atiqah
  • Haleeda sebagai Rashidah
  • Firdaus Ghufran sebagai Ezlan
  • Syed Ali Murtadha sebagai Adam

Tonton Telefilem Gambus Rindu - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Mustakim yang tidak lagi bermain gambus sejak kematian isteri dan anaknya akibat kemalangan. Atikah bersama kawannya datang bertemu dengan Mustakim untuk menghasilkan dokumentari tentang budaya dan warisan alat gambus.

Ibu Atikah, Rashidah turut menemani anaknya belajar. Dalam diam Mustakim menyukai Rashidah. Atikah yang mula sukakan Mustakim kecewa dan melarikan diri bila tahu lelaki yang dicintainya itu telah memilih ibunya.

Telefilem Gambus Rindu Di TV1

Telefilem Gambus Rindu Di TV1

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post