Telefilem Isa & Bella Di Awesome TV

Telefilem Isa & Bella (Awesome TV)

Saksikan telefilem Isa & Bella yang akan menemui penonton pada 13 November 2022, bersiaran pada hari Ahad pada jam 9.30 malam menerusi slot Ohsem Tele di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Telefilem dengan tayangan asal pada tahun 2020 ini diterbitkan oleh syarikat produksi Mache AllStar United Sdn. Bhd., diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dengan nukilan skrip bersama daripada Adza Emie dan Adza Irdawati.

Sinopsis Telefilem Isa & Bella

Telefilem Isa Dan Bella menampilkan barisan pelakon seperti Risteena Munim, Nadiyah Shahab, Maria Farida, Amyza Adnan, Mahmud Ali Bashah, Dottie, Badrul Muhayat, Hafeez Mikail, Natasha, Qaseh Qhairiena dan ramai lagi.

  • Risteena Munim sebagai Isa
  • Nadiyah Shahab sebagai Bella
  • Maria Farida sebagai Shikin
  • Amyza Adnan sebagai Idayu
  • Mahmud Ali Bashah sebagai Papa Syah
  • Dottie sebagai Lulu
  • Badrul Muhayat sebagai Tuan Jaafar
  • Hafeez Mikail sebagai Rayyan

⏩ Tonton episod seterusnya - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang dua sahabat iaitu Isa dan Bella yang dilahirkan pada hari yang sama iaitu pada tanggal 16 September 1994 dan di hospital yang sama. Mereka membesar bagaikan sepasang kembar namun yang membezakan hanyalah latar belakang kehidupan mereka.

Situasi menjadi rumit apabila Isa dan Bella ingin bernikah pada hari yang sama tetapi Tok Kadi serta lokasi hanya terhad untuk satu slot sahaja. Di sinilah timbul pelbagai konflik serta aksi lucu dari mereka kerana keengganan mereka untuk mengalah sehingga nilai persahabatan yang dipupuk sejak kecil menjadi taruhan.

Telefilem Isa & Bella (Awesome TV)

Telefilem Isa & Bella (Awesome TV)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post