Telefilem Kampung Si Rabun Di TV2

Telefilem Kampung Si Rabun Di TV2

Saksikan telefilem Kampung Si Rabun yang akan menemui penonton pada 29 November 2022, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem yang diilhamkan oleh Ika Sabreena ini diterbitkan oleh syarikat produksi MToons Media, diarahkan oleh MP Roslin dengan penulisan skrip daripada Haida Mazni.

Sinopsis Telefilem Kampung Si Rabun

Telefilem Kampung Si Rabun menampilkan barisan pelakon seperti Nafiez Zaidi, Neera Azizi, Along Cham, Wahid Senario, Azzahra Ahmad, Shamsul Ghau Ghau, Amyza Aznan dan ramai lagi.

  • Nafiez Zaidi sebagai Megat
  • Neera Azizi sebagai Cik Normah
  • Along Cham sebagai Jalil
  • Azzahra Ahmad sebagai Senah
  • Wahid Senario sebagai Pak Daud
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Tok Din
  • Amyza Aznan sebagai Mek Non

Tonton Kampung Si Rabun online - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang sebuah kampung iaitu Kampung Cahaya yang semua penduduk kampungnya mempunyai masalah rabun seperti rabun dekat, rabun jauh dan rabun warna.

Kejadian mula menjadi kecoh iaitu sewaktu pemilihan ketua kampung yang barul. Jalil iaitu anak bekas ketua kampung dan Megat merupakan calon yang dipilih untuk menjadi ketua kampung yang baru.

Che Normah, ratu kampung Cahaya yang mempunyai masalah rabun warna merah dan Senah yang mempunyai masalah silau jatuh hati pada Megat.

Sementara itu Che Normah, ratu Kampung Cahaya yang mempunyai masalah rabun warna merah dan Senah yang mempunyai masalah rabun silau jatuh hati pada Megat. Kedua-duanya cuba melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian Megat yang nampak kacak bagi mereka.

Maka bermulalah pelbagai muslihat Jalil yang cuba mensabotaj Megat dek kerana cemburu kerana dia juga ada hati terhadap salah seorang daripada peminat Megat iaitu Normah.

Lalu siapakah yang paling layak dipilih sebagai ketua kampung? Dan siapa pula antara Megat dan Jalil yang menjadi pilihan Normah?

Telefilem Kampung Si Rabun Di TV2

Telefilem Kampung Si Rabun Di TV2

sumber : rancangantivi.com

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post