Cara Menonton Viu Di Smart TV (Sambung & Login)

Cara Tonton Viu Di Smar TV Malaysia

Selain daripada menonton dan layan filem, siri atau kdrama di platform penstriman Viu di smartphone atau di laptop, kini anda sebenarnya boleh tonton di tv sama ada menerusi Android Box atau di Smart TV.

Secara asasnya, android box dan smart tv berfungsi dengan cara yang sama. Jadi sekiranya anda mempunyai Android Box, anda boleh juga ikuti langkah yang sama dikongsikan ini bagaimana untuk anda tonton Viu di Smart TV.

Viu kini semakin mendapat tempat di hati penonton Malaysia. Melalui platform inilah, anda boleh layan banyak kandungan yang menarik terutamanya kepada peminat kdrama dari Korea. Tapi selain itu, dah banyak juga kandungan tempatan yang dikeluarkan menerusi Viu Original seperti Black, Ijab Kabut, Hilang dan pelbagai lagi.

Tapi kadang tak puas hati sebab hanya menonton di skrin kecil di telefon pintar. Jadi ingin mendapatkan kepuasan yang lebih, kena la tonton di TV yang mana skrin yang lebih besar. Kini di smart tv anda boleh menonton Viu.

Viu sedikit berbeza dengan Netflix yang mana anda boleh Login menggunakan emel dan password seperti biasa di TV. Tidak bagi Viu kerana ada langkah lain untuk anda sambungkan akaun anda di smartphone dan di TV.

Cara Tonton Viu Di TV

Sekiranya anda pengguna biasa Viu, anda boleh tonton terus tanpa perlu sambungkan akaun. Tetapi sekiranya anda pengguna VIP (Premium), anda terlebih dahulu sambungkan akaun anda di TV.

  1. Install aplikasi Viu di Smart TV anda terlebih dahulu
  2. Kemudian pada bahagian kiri tv, cari 'Daftar Masuk' dan klik padanya
  3. Pada laptop atau smartphone anda, layari www.viu.com
  4. Di website tersebut, pilih 'Sambungkan TV Anda' dari butang menu disebelah kiri
  5. Login seperti biasa menggunakan emel dan password Viu anda
  6. Akhir sekali, masukkan kod yang dipaparkan di Smart TV anda ke dalam ruang di smartphone anda tersebut
  7. Jika berjaya, secara automatik akaun VIP di smartphone anda akan bersambung di Smart TV

Kini anda boleh nikmati akaun VIP Viu di skrin yang lebih besar iaitu di Smart TV.

Ikuti langkah sama dalam paparan bergambar dibawah

Langkah 1 : Buka aplikasi Viu di Smart TV/Android Box anda dan klik 'Daftar Masuk'

Cara Tonton Viu Di TV

Langkah 2 : Layari www.viu.com di smartphone atau laptop anda dan login guna emel akaun premium anda

Cara Tonton Viu Di TV

Langkah 3 : Kemudian pada butang menu pilih 'Sambungkan TV Anda' dan masukkan kod yang terpapar pada tv anda tersebut dan klik Next

Cara Tonton Viu Di TV

Langkah 4 : Akan disambungkan secara automatik ke akaun sama seperti di smartphone anda. Dah boleh tengok Viu di TV lepas ni. Selesai

Cara Tonton Viu Di TV

Langgan Akaun VIP Premium Viu

Secara asasnya, jika anda login menggunakan emel, anda hanya peroleh akaun Basic sahaja yang mempunya had tontonan beserta iklan. Tetapi dengan akaun Premium, anda boleh dapatkan semua akses kandungan tanpa had tanpa paparan iklan

  • Kandungan premium
  • Download tanpa had
  • Tonton di TV
  • Viu Originals
  • Tanpa iklan
  • Subtitle Bahasa Melayu
  • Paparan kualiti HD
  • Tonton 5 serentak

Harga yang ditawarkan adalah RM29.90 untuk 3 bulan atau RM54.90 untuk 6 bulan atau RM99.90 untuk setahun. Selain itu, anda boleh langgan di Shopee dengan tawaran lebih murah dan menarik. KLIK SINI

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post