Saksikan drama Budak Tebing 3 yang akan menemui penonton mulai 14 Disember 2022, bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh juga strim secara online di aplikasi iQIYI dan www.iq.com
Drama bersiri 26 episod yang menggantikan Kampung People 3 merupakan kesinambungan daripada Budak Tebing musim pertama dan kedua ini merupakan terbitan syarikat produksi Country Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Nizam Zakaria dengan nukilan skrip daripada Shah Rizal Mashur.
Sinopsis Drama Budak Tebing 3
Drama Budak Tebing 3 menampilkan barisan pelakon seperti Aedy Ashraf, Adam Lee, Nabil Aqil, Izz Ilham, Eyka Farhana, Firdaus Ghufran, Nelisa Nizam, Nia Atasha, Azhar Sulaiman, Zarina Zainuddin, Anne Abdullah dan ramai lagi.
- Aedy Ashraf sebagai Tongki
- Adam Lee sebagai Arif
- Nabil Aqil sebagai Kylo
- Izz Ilham sebagai Yoyol
- Eyka Farhana sebagai Ira
- Firdaus Ghufran sebagai Talam
- Nelissa Nizam sebagai Maria
- Nia Atasha sebagai Husna
- Azhar Sulaiman sebagai Badass
⏩ Tonton drama Budak Tebing 3 online - Link 1 | Link 2
Ianya mengisahkan Budak Tebing kini memasuki alam dewasa dan berhadapan dengan cabaran hidup yang lebih besar. Arif menjadi lebih serius sehingga membuatkan Talam yang bekerja dengannya rasa tertekan.
Hubungan Arif dengan Yoyol juga tidak seperti dulu. Arif kerap naik angin apabila Yoyol banyak menghabiskan masa di Tebing. Malah dia turut melarang Yoyol untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.
Kemunculan Kylo yang mendakwa dirinya ialah adik tiri kepada Tongki ingin menyatukan semula budak-budak tebing. Namun, keadaan itu disalahtafsirkan oleh Arif. Pada masa yang sama, muncul Badas yang kerap datang ke tebing.
Badas mendekati Kylo dengan mengakui dirinya ialah teman rapat kepada arwah ayah Tongki. Arif dan Kylo berselisih faham lagi kerana masing-masing menganggap Badas sebagai ayah angkat.
Siapakah Badas sebenarnya dan apakah motif Badas mendekati budak-budak tebing ini? Adakah Arif menerima Kylo sebagai seorang sahabat atau lawan?
dah nampak semakin matang pelakonnya semuanya.
ReplyDeletePost a Comment